PENULIS YANG DHABIT

DALAM ilmu hadis (rujuk sini), perawi yang meriwayatkan hadis yang “maqbul” (diterima, sama ada hadis sahih atau hasan) mestilah seorang yang adil (baik dari sudut agamanya) dan juga dhabit (boleh menjaga hadisnya dengan baik sama ada dengan ingatannya (dhabtu sadrin) atau dengan tulisannya (dhabtu kitabin). Hal demikian ini kerana, jika para perawi itu diragui dan dikritik salah satu daripada dua perkara tadi, hadisnya akan ditolak.

Ada sepuluh sebab yang menyebabkan seseorang perawi itu dikritik dan tidak diterima hadisnya. Lima sebab berkaitan dengan kritikan terhadap keadilannya, dan lima sebab lagi berkaitan dengan dhabitnya. Antara sebab kritikan terhadap keadilannya ialah dia adalah seorang pendusta, ditohmah dusta, fasiq, pelaku bid’ah dan perawi yang majhul (tidak dikenali). Dan sebab kritikan pada dhabitnya pula ialah terlalu banyak kesilapan (dalam riwayatnya), teruk ingatannya, pelupa, banyak keraguan dan berlawanan riwayatnya (hadisnya) dengan hadis-hadis perawi-perawi yang “thiqah” (adil dan dhabit).

Dalam disiplin penulisan, tuntutan menjadi penulis yang dhabit sifatnya sangat tinggi. Sempena tahun baharu 2010, sedang memasak niat untuk menjadi penulis yang dhabit. Mari! al-Kurauwi

4 thoughts on “PENULIS YANG DHABIT

  1. Salam ziarah,
    Kalau dikupas-kupas, “dhabit” pada seorang penulis dan kaitan dengan karyanya agak dalam dan saling berkait.Sebab itulah bagi saya, draf sangat perlu walaupun proses mengarang itu spontan. Rasa macam faham…hmm…dah lama tak terlibat dengan dunia teori dan kritikan sastera. Apa-apapun, baru saja langsai meneliti inti Insyirah yang dah beberapa waktu di rak buku penulis. Tak berkesempatan minta autograf saudara semasa ke Kedai Buku DBP. Sekali lagi tahniah!

  2. Nolida,

    “Apa-apapun, baru saja langsai meneliti inti Insyirah yang dah beberapa waktu di rak buku penulis.”

    Terima kasih kerana membaca “Insyirah”, Saya juga sudah membaca Novel Kanak-kanak, hasil tangan Nolida. Bahasanya mulus, cantik dan lancar tidak seperti cerpen ketika MASTERA hari tu. Tahniah juga. Moga menjadi penulis yang dhabit.

  3. Emm…saya sendiri belum menatap buah hati saya tu,menunggu naskah contoh belum sampai, bila ke kedai DBP, kata mereka sudah habis di situ. Di Dawama tak tahulah ada atau tidak bakinya. Bila rakan-rakan maklumkan mereka dah beli, saya garu kepala. Guru besar baru saja tanya tadi, bila nak buat pelancaran di sekolah? Ada idea?

  4. Wah, belum menatap lagi? Kesiannya.
    Eloklah buat pelancaran di sekolah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s