NADRA, NAZRAH ATAU NATRAH

Saya memikir lama tentang nama Natrah atau Nadra atau Puteh (sapaan dalam novel Tragedi Nadra, Isa Kamari).
Tanggapan pertama saya, etimologi Natrah barangkali berasal daripada “Nazrah” yang bermakna memandang secara tadabur, tafakur atau taammul. Namun apabila merujuk kamus al-Munjid “Nadrah” juga mempunyai makna yang baik “Nadra” = emas dan perak. Manakala “Nadrah” bermaksud al-Na’mah atau al-Husnu iaitu kebaikan.

Kesimpulannya nama Nazrah atau Nadrah kedua-duanya memberi makna yang baik. Malah turut disebut dalam al-Quran (al-Sofat:88, al-Insan:11) yang definasinya lebih merujuk kepada unsur pandangan atau penglihatan. Entri Natrah juga ada di dalam kamus, tidak ada dalam al-Quran serta tidak memberi makna kepada sifat atau peribadi yang boleh merujuk kepada diri Natrah itu sendiri. Wallahu a’lam.

13 thoughts on “NADRA, NAZRAH ATAU NATRAH

  1. Ya, kesimpulannya nama Nazrah atau Nadrah kedua-duanya memberi makna yang baik tidak kepada Natrah🙂

  2. Nurul Nadrah akan bertambah bercahaya jika membaca “Namaku Bukan Maria”. Pasti bercahaya dengan ilmu🙂

  3. Salam Puan Cincan,
    Nadrah bermaksud al-Na’mah atau al-Husnu iaitu kebaikan. Manakala Dalisa dengan huruf ‘tha’ bermaksud ‘bersegera untuk mendekati’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s