DIPELUK CINTA NATRAH

OLEH sebab tidak sabar, saya memungkiri janji untuk membeli Natrah melalui Kak Nisah Haron. Alhamdulillah, setelah berjanji di Setiawangsa, walaupun lama menunggu dan malam semakin panjang, akhirnya bertemu juga dengan Faizal yang datang dari jauh, semata-mata membawa sebuah buku Biografi Natrah Cinta Rusuhan Air Mata.  Saya bertemu Faizal melalui bukunatrah.blogspot.com. Beliau (ada hubungan keluarga dengan Datin Fatini) sendiri bersusah-payah mahu menghantar atas semangat ‘Cinta Natrah’ itu. Terima kasih Faizal, walaupun pertemuannya singkat titip pesannya sangat bermakna.

Teringat sewaktu di tingkatan 2, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh, Pahang, kisah Natrah yang disiar oleh Dewan Masyarakat selama empat bulan berturut itu sentiasa ditunggu-tunggu di perpustakaan sekolah. Saya yakin semua yang mengikuti kisah Natrah kecewa dengan kesudahan ceritanya. Entah mengapa, saya seperti dipeluk oleh semangat Natrah. Kali ini ia terimbau lagi bukan atas kecewa kepada kesudahannya, tetapi membaca hikmah di sebalik nostalgia berdarah itu. Kata Datin Fatini dalam prakatanya:

Setelah menghayati hakikat tragedi rusuhan ini, barulah saya memahami kisah cinta mereka yang mulanya  bersifat peribadi dan hak milik mereka berdua, telah bergabung menjadi hak milik masyarakat Islam di Tanah Melayu pada masa itu. Perjuangan mereka berdua untuk mengekalkan iman dan cinta, bercantum bersama hasrat masyarakat Islam seluruh Tanah Melayu untuk membela Islam dan membela iman Natrah sebagai saudara seagama. 

Saya simpulkan bahawa membaca sejarah ialah membaca sebuah hikmah. Semangat Cinta Natrah – cinta Tuhan (sewaktu kecil) – harus tumbuh dalam jiwa anak-anak kecil kita. Generasi mendatang. – al-Kurauwi

8 thoughts on “DIPELUK CINTA NATRAH

  1. ustaz..
    lebih malang tragedi itu terus berulang…kisah noraishah bukhari misalnya, pun berlalu tanpa sebarang penyelesaian.. dan tentu banyak lagi kisah sedemikian di luar pengetahuan di tengah-tengah kocakan ribut siasah tentang penggunaan kalimah ALLAH sekarang !

  2. Ya, tragedi ini akan terus berulang. Kita akan melahirkan lebih ramai Noraishah Bukhari jika langkah dakwah kita tidak bermula dari sekarang. Saya percaya, menulis adalah langkah untuk menyelamatkan generasi kita 10 atau 20 tahun akan datang!

  3. Jari Ketot,
    Terima kasih atas ziarah. Harap sama-sama dapat manfaat, walaupun sedikit.

  4. Salam ziarah;

    Mohon bantuan teman-teman mewar-warkan kepada teman2 lain,

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

    KALAM dengan kerjasama pelbagai NGO lain akan mengadakan “HARI PEJUANG BAHASA” pada 15 Februari 2010 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Insya Allah majlisnya akan dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi sdr Ikram 012-2908429 atau sdr taib 017 2760100

    TAKBIR!

  5. assalamualaikum.. setakat ini saya belum baca lagi kisah natrah.. tapi tahu serba sedikit tentang natrah.. dan kita semua tahu sudah meninggal.. dan kita tertanya2 apa agamanya sekarang.. apa pun di harap kaum muslimin dan muslimat jaga lah agama.. sesungguh agama itu adalah berharga dari harta.. kita perlu bersyukur kerana kita dilahirkan dalam islam.. pertahankan agama.. sedangkan orang tidak dilahirkan dalam islam.. apabila bertemu dengan hidayah islam ia bersungguh-sungguh mempelajari islam..

  6. Puan Mashitah, terima kasih atas kunjungan,
    Jemput membaca “Namaku Bukan Maria” novel saya yang baru terbitan PTS Litera. Novel ini merakam wajah Natrah yang “Islami” ketika beliau bersama-sama dengan ibu angkatnya belajar agama di Terengganu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s