SUKARNYA MEMILIH JUDUL

PEMILIHAN judul, bagi seorang penulis sangat penting.  Judul yang baik akan menarik minat pembaca – sekurang-kurangnya menyentuh atau membeleknya. Judul biasanya mestilah menggambarkan keseluruhan isi karya. Ada penulis mendapat ilham menulis karyanya setelah bertemu judul terlebih dahulu. Ada juga penulis yang sudah siap menulis, baru bertemu judul.  Ada juga penulis yang sudah bertemu judul dan memanifestasikan judulnya dengan jalinan cerita, namun terpaksa diubah di tangan penerbit.  “Tidak komersial” katanya. “Tiada estetika Melayu”, “Tajuk tidak remaja”, atau “Tajuk terlalu dewasa”.

Dalam kesukaran memilih judul, saya tertarik dengan nasihat seorang penulis: “Sebelum pilih judul, tanya dulu Pak Cik “Google” supaya mengelak judul yang dipilih sama dengan tajuk yang sudah diterbitkan.” Betul, saya tanya Pak Cik Google satu tajuk  “Atas Nama Cinta” ada lima buah novel, lain pengarang, lain penerbit dan harap-harap lain juga isi kandungnya.

10 thoughts on “SUKARNYA MEMILIH JUDUL

  1. Terima kasih,
    Rajin tolongsenyap uploadkan. Yang suka Idlan bolehlah download, peratus dia juga sudah mencalak naik.

  2. Judul – Siapa Kekah Bidan Sepiah? – huh, dah cuba Google – memang tak ada siapa yang pilih judul nama tu!🙂

  3. Sinaganaga,
    Mujur tanya Mak Cik Google. Bukan setakat judul – Siapa Kekah Bidan Sepiah? – Judul Kekah pun tak ada. Kekah (Aqiqah) banyak la.

  4. Tuan Haji Shapiai,
    Banyak juga yang dia tak tahu, dan terlebih tahu, kalau tidak masakan kena halau dari China. He he he.

  5. Terima kasih, Syafiq,
    Lambat melihat komen Syafiq yang terlekat dalam spam.

  6. (Raja) Zara,
    Kalau bab tajuk menajuk ni, serah sahaja kepada Encik Naga kita tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s