BLURB PUNYA CINTA RAMADAN

PADA setiap yang berlaku, Tuhan ada sebabnya. Pada setiap sebab yang manusia fahami, Tuhan ada sebabnya. Itu kisah yang terpapar dalam novel ini. Sebuah novel yang sarat dengan makna sederhana, perjuangan dan pengorbanan.

Bermula kisahnya pada saat Ramadan, lelaki sederhana yang masih basah matanya, dengan kematian ayahnya, dijemput ke kota menjadi imam di sebuah surau yang lesu. Surau yang lesu menjadi ceria dengan pembaharuan yang dihembus. Namun tidak semua setuju dengan kata pembaharuan. Di sini, perjuangan Ramadan bermula dengan hati yang tersimpuh pada kata kebenaran.

Pada suatu sisi yang lain, hadir pula Insyirah, wanita yang mengagumi Ramadan dan jauh dalam sudut hatinya, dia menyimpan hasrat yang akan membuat Ramadan terpaksa mengungkapkan hikmah pengorbanan. Hikmah yang hanya difahami dengan kata, Punya Cinta Ramadan.

2 thoughts on “BLURB PUNYA CINTA RAMADAN

  1. Wah,
    Cemburunya, bila doktor Syafiq, menjadi orang yang pertama menyambut ‘baby’ yang baharu lahir itu. Harap-harap Doktor Syafiq tolong potongkan tali pusat, azan dan iqamatkan ke telinga, dan kalau boleh tahniqkan sekali. Selepas ni, saya jemput ‘doktor’ dan misi-misi yang lain ke majlis potong jambul dan berendoi. Satu lagi, kalau PTS tak cukup tanah nak tanam uri, boleh pulang balik kepada saya. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s