ANDAI MENULIS TIDAK UNTUNG

SAYA MARAH dan kecil hati kepada seorang kawan apabila dia berhujah bahawa menulis itu kerja yang membuang masa dan tidak boleh memberi sebarang untung. Saya percaya, kawan saya yang berkata itu, tidak menulis sepatah haram pun. Kalau dia menulis pun, niatnya barangkali kerana mengejar untung dunia: kemahsyuran nama, glamor dan mahukan harta benda.

Baru-baru ni, kami bertemu lagi lewat hujung minggu. Belum sempat menghirup kopi radix, kawan saya merungut kerana kami sudah jarang-jarang bertemu. Saya memberi alasan, saya sudah jarang ada kesempatan bertemu. Menulis pun banyak yang tergendala kerana saya sudah bertukar profesion kepada arkitek  di kampung. Setiap kali hujung minggu saya akan pulang melihat progres rumah.

Si sahabat ini gelak besar kerana saya sudah membenarkan kata-katanya bahawa menulis itu kerja yang sia-sia.  Saya tunjukkan kepada kawan saya beberapa keping foto projek saya di kampung. Dia tiba-tiba ternganga:

“Eh, mana kamu dapat duit beli rumah ni?” soalnya teruja.

Saya menjawab, rumah baharu keluarga saya di kampung itu, ialah hasil penulisan saya sejak 2004. Itu baru pahala dunia, belum akhirat lagi. Dia diam lama melihat rumah agam berbumbung merah itu. Siapa kata, menulis tidak untung? rungut saya dalam hati. – al-Kurauwi

Advertisements

12 thoughts on “ANDAI MENULIS TIDAK UNTUNG

  1. Sdr Azman, bagaimana menulis sahaja tanpa ada pekerjaan lain, HANYA menulis. Berani melaluinya, sekiranya mahu lihat ada untung atau tidak. 🙂

  2. Mungkin tak semewah JK Rowling tapi yang sedikit itulah yang banyak membantu ditambah pula dengan berkatnya rezekinya tu kan, ustaz?

  3. salam…

    alhamdulillah, ada rezekinya di dunia dan insyALLAH di akhirat.
    Dah terzahir pada rumah ustaz tu..

    bergantung juga siapa dan bagaimana… jika baru nak berjinak, susah juga.
    contoh rambang, ahadiah akashah, khabarnya tiada pendapatan sehingga ditanggung isteri sedangkan memiliki rekod novel remaja terbanyak.

  4. SF: Okey siapa mahu menyahut cabaran SF, Menulis sepenuh masa tanpa ada pekerjaan lain! Cuba angkat tangan, ada berani?

    Zul: “Dia belum tahu betapa untungnya menulis buku teks”, pelukis, pereka letak dan editor juga yang melopong siang dan malam. Amacam SF, tak nak cuba ke tahun depan? Ratus ribu tuh!

    Ilhamfatihah: Betul, dalam konteks semangat membaca orang Malaysia, tidak terbanding JK Rowling. Namun nili sebuah rumah kampung tentulah besar. Syukur ya Rabb.

    Nurun: Ya, sebab musabab barangkali, namun Tuhan suruh mencuba rezeki itu bukankah di tangannya?

  5. Ustaz,
    Saya tetap yakin bahawa ustaz akan terus berpegang kepada ‘menulis kerana Allah’. Tidak perlulah kita mengharapkan untuk menjadi kaya atau anugerah. Bagaimanapun saya agak terkilan kerana karya ustaz tidak berada dalam senarai anugerah sastera tempohari, khususnya dalam bidang cerpen. Saya tahu kekuatan cerpen Ustaz.

  6. Tuan Haji Shapiai,
    Ya itulah mesej saya sebenarnya. Menulis lillah. Seperti menyunting gadis, jika memilih hanya kerana kerana rupa, darjat atau keturunan Tuhan akan membalas dengan kehinaan, tetapi jika menyunting gadis itu kerana agama, Tuhan akan memberkati kita dan gadis itu. Begitulah analoginya.

  7. Saudara Zul,
    Saya sedikitpun tidak marah. Kadang-kadang golongan spesis ini mahu melihat bukti, baru percaya. Mahu melihat pahala baru beramal. Sebab itu saya kata, “Itu baru pahala dunia, belum akhirat lagi.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s