APA WARNA CINTA?

PELBAGAI cara digunakan oleh penulis untuk mendapat ‘mood’ (angin) atau ‘seru’ menulis selepas putus idea atau istilah putus angin (?) atau selepas lama tidak menulis dan mahu kembali untuk menulis semula. Membaca pengalaman sasterawan, kita akan bertemu dengan 1001 cara yang halal bagi menyeru ‘semangat’ menulis itu datang. Malah ada juga kaedah yang tidak halal digunakan untuk mendapatkan semangat menulis. Ada penulis (baca sahaja, percaya jangan) akan ‘mencari’ cinta terlarang semata-mata untuk mendapatkan ‘seru cinta’ bagi menulis ayat-ayat cinta dalam novel cintanya.

Kalau tanya saya, kadang-kadang saya menggunakan lagu sebagai peniup menghasilkan angin menulis. Angin yang baik ini akan mengilhamkan idea dan mencetuskan semangat melahirkan ungkapan bahasa-bahasa yang baik. Angin yang baik akan memanjangkan cinta untuk menulis di hadapan skrin. Nasyid dendangan Brothers “Warna-warna Cinta” kerap menjadi halwa telinga sebelum menulis. Liriknya – di bawah – sangat puitis, bahasanya indah dijalin dengan suara yang merdu akan memberi alternatif demi mencari semangat menulis yang hilang itu. Selamat mencuba mencari warna cinta. – al-Kurauwi

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyum dan tangismu
Agar mewarnai Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyum dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu… selepas gerimis

4 thoughts on “APA WARNA CINTA?

  1. Admin (AliffShah?),
    Blog yang bagus. Saya suku.
    Harap-harap sama-sama kita memburu hit Tuhan daripada memburu hit pengunjung blog. Memburu cinta Tuhan itu tentulah lebih utama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s