BERBAHASA KANAK-KANAK

 

SUKARNYA menghasilkan sebuah novel kanak-kanak. Sudah mencuba. Bahkan, sudah siap sebuah novel, namun apabila dibaca semula terasa bahasanya sangat remaja.

Dalam menghasilkan sebuah novel kanak-kanak, saya suka membaca novel ‘Sinnapapal’ karya Azizi Abdullah sebagai sandaran. Sebelum itu, sebuah cerpen tulisan Ali Majod berjudul ‘Pensel Nan Sebatang’ sangat berbekas ceritanya di hati. Menghasilkan novel kanak-kanak, kelebihan bukan hanya pada cerita, malah bahasa merupakan wahana yang sangat penting untuk menyampaikan cerita. Kata guru lagi, ayat hendaklah pendek-pendek sesuai dengan laras bahasa kanak-kanak. Penulis handaklah merendahkan diri bagai berbicara di hadapan kanak-kanak. Banyakkan dailog daripada bercerita.

Dailog daripada catatan renyuk di bawah ini barangkali membenarkan teori ini. Dailog ini bermula dengan: “Amirah, jangan bagi orang tengok tau!” – Daripada: Imanina, Kepada: Amirah.

“Amirah, kenapa kita tengok macam awak tak kawan kita, Syarifah dan Aisyah Fatin?”

“Kita bukan tak kawan awak, tapi kita rehat dengan orang lain.”

“Ya lah, tapi kenapa awak tak cakap dekat kita, Syarifah dan Aisyah.”

“Masa awak buat kerja kita nak bagitahu awak tapi kita tak ingat.”

“Masalahnya kenapa awak tak cakap. Kita orang anggap, awak tak kawan kita orang.”

“Kita tak kisah awak kawan kita atau tak. Kita pun sama faham.”

“Okey kalau macam tu kita tak kawan, boleh?”

“Siapa cakap kita tak nak kawan awak. Hari ini malam Jumaat, kalau awak tak kawan, awak yang dosa.”

“Kita bukan tak kawan awak, kita cuma tanya. Kita minta maaf.”

 “Kita pun.”

10 thoughts on “BERBAHASA KANAK-KANAK

  1. Ren, salam kunjungan.
    Lama tak dengar cerita Ren, sibuk barangkali dengan manggar, kompang atau bungkus-bungkus hantaran. Apapun dialog di atas ialah tulisan benar dari tinta kanak-kanak.

  2. memang ramai yang memandang mudah sastera kanak-kanak, saya selalu kata, cubalah menulis! sepatutnya penulis sastera kanak-kanak perlu diberi pengiktirafan yang sama tinggi dgn genre yg lain juga

  3. Akhirnya,
    Penulis sastera kanak-kanak tersohor, saudara Kholid meluahkan isi hatinya di sini. Lama sungguh tidak menyinggah.

    Saya setuju tentang pengiktirafan itu. Cabaran membina generasi masa depan cukup getir, kiranya. Maka sebab itu, usaha-usaha menerusi penulisan sastera kanak-kanak dilipatgandakan dan diberi sokongan oleh pihak terlibat.

  4. Ilhamfatihah,
    Seorang Tua di Kaki Gunung, rasanya masih ada, tetapi tidak Sinnapapal. Selamat mencari.

  5. Sewaktu kecil, kawan-kawan saya suka benar dengan novel kanak-kanak Khairuddin Ayip, sedangkan saya pula suka dengan Cecilia Chin dan khususnya Mohd Ismail Sarbini. Pulau Berukera merupakan novel kanak-kanak yang paling saya gemari.

  6. Terima kasih atas maklumat Li,
    Nanti akan saya cari Pulau Berukera itu.

  7. nak tulis novel kanak-kanak tak susah asalkan kita pandai meletak tahap pemikiran kita ketika menulis. Kalau menulis novel kanak-kanak, kita mesti meletakkan pemikiran kita pada tahap kanak-kanak jugalah, takkan tahap pemikiran kita sebagai profesor atau sebagainya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s