CINTA LUAR BIASA

APAKAH UKURAN cinta kita kepada manusia? Apakah pada peratusnya? Seperti kata mereka, “Cintaku 100 persen” atau diukur kerana kedalamannya? Seperti nyanyi mereka, “Cintaku sedalam Lautan Atlantik”. Atau ukuran pada ketinggiannya? Seperti janji mereka  “Cintaku setinggi Gunung Merbabu”,”Cintaku setinggi puncak semeru”, “Cintaku setinggi Gunung Merbabu”, “Cintaku setinggi bintang”. Atau ukuran pada luasnya? Seperti dendang  mereka “Cintaku seluas samudera”, “Cintaku seluas angkasa”. Atau barangkali pada tempohnya. Seperti kata mereka, “Cintaku hingga ke Utopia”, “Cintaku hingga hujung nafasku”, “Cintaku hingga ke syurga”.

Apakah sama peratus, dalam, tinggi, luas dan tempoh cinta kita kepada Baginda Rasulullah berbanding dengan cinta Baginda Rasulullah kepada kita? Percayakah kita bahawa cinta Nabi kepada kita, cinta luar biasa? Nabi tidak menunggu kenal untuk melahirkan cinta. Cinta Rasul kepada kita tidak seperti cinta kita kepada Rasul. Ini dibuktikan melalui sebuah hadis iaitu tatkala Baginda SAW menziarahi perkuburan al-Baqi’ bersama-sama dengan para sahabatnya, Nabi SAW tiba-tiba berbicara dengan penghuni alam barzakh tersebut, sabda Nabi SAW:

“Sejahteralah ke atas kamu (penghuni) negeri orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya-Allah akan menyusuli kamu. Alangkah inginnya hatiku, seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita itu”. Sahabatpun bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (pada masa hadapan) – [Riwayat Muslim]

Bukankah cinta Rasul itu cinta luar biasa? Belum kenal dah cinta. Belum kenal dah rindu. Pernahkah kita bertemu seorang lelaki yang mengasihi seorang gadis sedangkan gadis itu belum pernah bertamu dalam mimpinya? Yang pasti, ini bukan Cinta Luar Biasa versi filem arahan Rashid Siber itu. Salam Maulidurrasul. – al-Kurauwi

2 thoughts on “CINTA LUAR BIASA

  1. Tuan Haji Shapiai,
    Wah ‘Punya Cinta Ramadan’ sudah sampai ke JB. Terima kasih dan terharu kerana Tuan Haji sentiasa menyokong hasil penulisan saya. Sedang menunggu buah tangan tuan haji selepas ini. Salam Maulud

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s