MAULUD DI TAMAN TASEK

DUA KALI ucap Alhamdulillah. Pertama, semalam ‘Bos Besar’ memberi kebenaran untuk hadir sebagai penceramah program Maulud di SK Tasek Permai, Ampang. Alhamdulillah yang kedua, program tersebut baru sahaja selesai dengan jayanya.


Memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah tentulah berbeza dengan orang awam sama seperti menulis juga. Antara menulis novel dewasa dengan menulis novel kanak-kanak, sukar lagi menulis novel kanak-kanak. Ceramah juga sama. Dalam ceramah, berbahasa dengan kanak-kanak, bahasa tubuh penceramah, reaksi balas murid-murid, perhatian dan tumpuan selain daripada isi yang disampaikan menentukan kejayaan ceramah tersebut. Selalu saya perhatikan, menyelitkan elemen nyanyian, nasyid dan kuiz akan memberi nilai tambah kepada ceramah berbanding hanya bergantung kepada persembahan “PowerPoint” semata-mata. Sebelum ke sekolah, mujur teringat menukar format “PowerPoint” kepada 1993-2000, kalau guna yang baharu sudah tentu komputer riba sekolah tak boleh dibaca. – al-Kurauwi

9 thoughts on “MAULUD DI TAMAN TASEK

  1. Ustaz Azman Yang Dihormati,
    1. Ilmu yang disampaikan pasti mendapat pahala dan berkat besar-Nya, teruskan Ustaz.
    2. Tertarik dengan kata-kata… “Sebelum ke sekolah, mujur teringat menukar format “PowerPoint” kepada 1993-2000, kalau guna yang baharu sudah tentu komputer riba sekolah tak boleh dibaca.”
    Sekadar makluman (serta sekadar luahan hati insan kerdil…), diri ini jauh di hujung selatan tanah air sejak pertengahan Januari 2010 hingga setakat 4 Mac 2010 lalu telah laksanakan 8 program; hari ini dan esok (Sabtu – Ahad) ada 2 lagi program… walaupun komputer di hujung tanah ini masih komputer serta sistemnya lama (versi 1993-2000) ditambah dengan kapisitinya yang lemah, lembab dan perlahan namun apa-apapun program tetap bergerak walaupun peruntukan mengecil.
    3. Apa-apapun diri ini reda akan keadaan komputer lama itu demi untuk ‘menjual produk’ sastera dan bahasa yang kurang laku, kurang diminati dan kurang didekati majoriti masyarakat umum tetapi harus terus agresif serta perlu komited tahap yang tinggi bagi ‘melariskan’ produk bernama sastera dan bahasa itu…

  2. Tuan Rusdi yang gigih,
    Perjuangan kita tidak pernah selesai. Perjuangan yang gigih tidak melihat alat sebagai halangan. Tiada rotan akarpun berguna.

    Namun harus diingat, kata Nabi, perjuangan yang tidak berstrategi sering dikalahkan oleh perjuangan musuh yang berstrategi.

    Jangan bimbang, keluhan tuan, walaupun tidak didengar ke telinga manusia, namun ‘yang ikhlas’ tetap terakam oleh malaikat raqib di kanan tuan.

  3. aku sekarang selalu rimas tentang layar elektronik yg ada kat masjid, sebelah mimbar… paparkan nama jawatankuasa masjid sampai mengganggu konsentrasi beribadat… terlalu moden pun masalah juga kalau tak kena cara kan?

  4. tentang media baru – aku rimas dengan paparan elektronik bermaklumat yang diletakkan bersebelahan mimbar. memaparkan senarai jawatankuasa masjid dan aktiviti yang kadang kala mengganggu konsentrasi ibadat.

  5. Kholid,
    Senarai jawatankuasa dan aktiviti wajar dipamerkan di luar masjid bukan di dalam. Di dalam hanya pengisiannya.

  6. 1.ESOK MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    2.Pandangan NU/Nahdlatul Ulama tentang Perayaan Maulid Nabi dan Kontroversi Ma’na Bid’ah : http://wp.me/piAx4-1de

    3.Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Syeikh. Fuad Kamaluddin : http://wp.me/piAx4-1bf

    4.Sambutan Maulidurrasul.Hukum dan Perbahasan. : http://wp.me/piAx4-1aC

    5.Hukum Menyambut Maulidul Rasul -Ustaz Rashidi : http://wp.me/piAx4-ne

    6.Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ? : http://wp.me/piAx4-1ap

    7.Mengapa sambut Maulid Nabi-Yayasan Sofa : http://wp.me/piAx4-1at

    8.Tanda Cinta Kepada Rasulullah : http://wp.me/piAx4-1an

    9.Maulid Nabi SAW : http://wp.me/piAx4-1a6

    10.Mengenai Maulid Nabawi : http://wp.me/piAx4-19X

    11.Memperingati Manusia Agung : http://wp.me/piAx4-19L

    12.Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w : http://wp.me/piAx4-19J

    13.Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah : http://wp.me/piAx4-mq

    14.Mawlid – al-Qardhawi : http://wp.me/piAx4-mo

    15.Marhaban Ya HabibAllah : http://wp.me/piAx4-19r

  7. Allah membalas setiap usaha gigih hamba-Nya. Bila berbicara tentang dakwah, rasa kerdil sungguh sumbangan diri ini…. Ya Allah, berkatilah sumbang bakti hamba-Mu yang gigih2.

  8. Miemsuia,
    Dakwah jangan dinilai jumlahnya, hitunglah apa yang sudah kita beri, walau sebesar zarah.

  9. Bila kita rasa kita mesti berjaya dalam dakwah, kita akan resah. Bila kita ingat yang kita hanya ibarat 1 mata rantai dalam dakwah, kita boleh menarik nafas lega seketika!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s