SUMPAH 152

Legasi Gunung Sejantung

Gunung gemilang kami,
jangan ditanggal tulang belakangnya
Jangan dipawang dengan kemenyan wasangka
Jangan ditebuk gua-gua bertapa
Dalam gelita menyemai lalang berbisa
Konon membina tembok mala petaka

Gunung sejantung nyala obor tetap menyala
Tidak  kan padam biar tengkujuh bermaharajalela
Menyuluh saat gelita dan bisik nestapa
Kerana kami khalifah akan terus menulis sejarah
Pena kami tidak akan dibiar patah
Tinta kami tidak akan tersejat amarah
Cendekia memacak mercu bangsa
Di kaki gunung telah berkubu dada-dada perwira
Waris-waris bersiaga
Wira-wira tidak lagi alpa

al-Kurauwi
Sebahagian daripada puisi ‘Legasi Gunung Sejantung’ dalam Antologi Puisi ‘Hari Pejuang Bahasa’.

2 thoughts on “SUMPAH 152

  1. Ustaz Azman,
    1. Tahniah Ustaz kerana puisi ini terkandung dalam buku antologi ‘Sumpah 152’.
    2. Saya membaca semua puisi (tapi belum menghayati dan mendalami semua puisinya) pada 15 – 16 Februari yang lalu lagi.

  2. Ya termasuk puisi saudara juga,
    Seperti saudara, belum berkesempatan untuk menghayati semua puisi lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s