TERUJA DENGAN ADIK-ADIKKU

MALAM JUMAAT hati terpaku di hadapan TV melihat secara langsung pertandingan akhir Rancangan Realiti TV Adik-Adikku. Tahniah kepada Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM mencetuskan fenomena sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan yang mendidik jiwa.  Tahniah kepada adik-adik yang berjaya. Suka dengan adik Nurul Syazwina, Wajih dan Qayyim persembahan yang mengharukan jiwa.

Daripada 500 penyertaan, program ini akhirnya mengetengahkan bakat seramai 20 adik-adik kecil di kaca tv dan akhirnya 7 peserta terakhir yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Seperti program realiti yang lain, adik-adik kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada tenaga-tenaga pengajar yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal seprti Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

21 thoughts on “TERUJA DENGAN ADIK-ADIKKU

  1. mata rasa mengantuk dan rasa nk tidur sangat2…..tp bile terpandang kaca tv sedang siarkan rancangan adik-adikku ini hati kakyong rasa teruja n tertarik nk tengok sampai habis… memang satu rancangan realiti yang sangat bagus dan terbaik untuk anak2 di masa kini…. tahniah pada pihak2 yang terlibat terutama media elektronik, jakim n lain2….semoga rancangan ini menjadi pilihan no satu….insyaAllah.

  2. Masya’allah, program ni bagus sangat. Harus di teruskan, agar minda2 muda ni akan sentisa di latih dgn ilmu2 yg berguna, bukan hanya hiburan semata2.

  3. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya juga sempat menontonnya, meskipun masih penat. Maklum baru balik dari perjalanan jauh. Hebat anak-anak yang dididik oleh beberapa orang pakar/ustaz yang hebat-hebat belaka. Kita doakan semoga lebih ramai anak-anak yang lahir dari rancangan realiti seperti ini.

  4. Waalaikumsalam Tuan Haji Shapiai,
    Penat hilang melihat keletah anak-anak petah.

  5. Kak Yong,
    Yang baik kita puji, yang buruk tidak pula kita sorok. Samalah, penat seharian hilang dihiburkan oleh pidato anak-anak.

  6. Salam ziarah Mak,
    Moga anak-anak yang ditinggalkan mewarisi anak-anak soleh dan solehah.

  7. Salam Ustaz..
    MasyaAllah, program seperti inilah yang kita perlukan.Tahniah kepada adik-adikku yang berjaya. Yang kurang berjaya, jangan putus asa..semoga niat adik-adik untuk menjadi pendakwah dimakbulkan. Amin

  8. Ustaz Azman,
    Sebuah rancangan didikan peringkat kanak-kanak yang ada kelas tersendiri.
    Khabarnya ketika segmen ‘Gurindam Enam Pemimpin’ penyanyinya terlupa sebuat nama PM ke-3… lalu Ketua Pengarah JAKIM telah memohon maaf kepada anaknya kini seorang menteri kanan kabinet kerana penyanyi solo itu tidak menyebut nama PM ke-3 itu…

  9. Azhad,
    Salam ziarah ke blog kecil ini. Saya menjadi pemerhati setia program ini setiap petang saat menanti maghrib berkumandang.

    Anologinya dunia program realiti kita di kaca tv hari ini seperti sebuah tasik kumbahan yang setiap petang datang angin membawa bauan yang busuk ke lubang hidung seluruh penduduk. Setiap hari tasik itu dipenuhi oleh kiambang yang bercantum dan bercantum, berselirat akarnya dan dedaunnya yang menghijau menutupi wajah jelek tasik.

    Dan Azhad pada suatu hari, tumbuh sekuntum bunga kiambang yang merah dan indah.

  10. Sahabatku Rusdi,
    Moga isu penyair yang terlupa sebut nama PM ke-3 ketika segmen ‘Gurindam Enam Pemimpin’ tidak menenggelamkan 1001 kebaikan dalam program Adik-Adikku itu.

  11. saya bersyukur sangat dengan program mcm ni..n saya nk ucapkan tahniah kepada penerbit puan Hajah Sanniah n abg hadi yang telah berjaya dalam membuat rancangn seperti ini n pertama kali yg berada di malaysia ni…kalau kamu semua nak tahu saya yang bekerja di belakang pentas pada waktu malam tu amat tersentuh melihat anak2 yang soleh n solehah dengan semngatnye dlm memperjuangkan rancangan ini….sabagai fasi kepada adik nursyafikah paris n amin al hadi…kamu semua terbaik bagi akak.n kepada semua peserta adik2 ku….ini lah tapak perjuanganmu sebagai pendaie muda bakal memimpin negara suatu masa nanti….DAIE’ ila ALLAH…ALLAHUAKBAR!!!!!

  12. Tahniah Siti Aisya,
    Tahniah juga kepada penerbit Siti Aisya, di sebalik kejayaan besar itu, ada beberapa kekurangan yang saya dapati dalam program tersebut yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan.

    1. Kapasiti penonton yang terlalu ramai disebabkan ruang yang terhad. Selepas ini boleh guna Auditorium RTM atau Stadium Putera Bukit Jalil.

    2. Pentas yang terlalu kecil ditambah dengan terlalu ramai VIP di atas pentas.

    3. Penaja yang terlalu banyak tentulah memberi kebaikan kepada peserta dan penganjur, walau bagaimanapun jika tidak diatur dengan baik mencacatkan majlis penyampaian hadiah. Wallahua’lam

  13. ssalamualaikum kepada semua warga adik adik ku..Tahniah saya ucap kan di atas penerbitan rancangan yang baik seperti ini..anak saya yang berusia 8 bulan,jika dengar saja muzik lagu adik adik ku pasti mata akan terbuka kala dia tidur,mata pasti menghadap kaca tv..terima kasih dan syabas saya ucap kan….

  14. memang program itu hebat dan lebih hebat lagi persembahan anak-anak itu.

    Jika pertandingan nyanyian boleh menyediakan hadiah hingga ratusan ribu apalah salahnya jika ada pihak korporat tampil untuk menaja pakej umrah bagi kesemua pendaei kecil ini. Moga mereka dapat terus dipimpin untuk menjadi pendakwah pada masa akan datang dan pasti pihak penerbit dapat menyediakan satu lagi program kesinambungan daripada pendakwah yang mereka hasilkan. JIKA DIHITUNG JUMLAH BIAYA UNTUK KESEMUA PENDAEI INI TIDAK SAMPAI PUN 50 000 RIBU. SAYA MENYERU AGAR KORPORAT ISLAM TAMPIL KERANA MEREKA SEMUA HEBAT DAN ADA KELEBIHAN MASING-MASING UNTUK MENJADI JUARA TINGGAL LAGI JUARA ITU HANYA SATU TIDAK MAMPU DIKONGSI.

    HARAP PIHAK JAKIM TIDAK TERGESA-GESA UNTUK MENERBITKAN SIRI KEDUA TETAPI MEMBERI LEBIH TUMPUAN UNTUK PENGISIAN JIWA ANAK-ANAK YANG TELAH TERPILIH INI UNTUK TERUS DIISI JIWA PENDAKWAH DAN DICARI PLATFORM YANG SESUAI UNTUK MEREKA KETENGAHKAN BAKAT KHUSUSNYA PESERTA PEREMPUAN YANG TIDAK MENDAPAT TEMPAT PADA MALAM TERSEBUT WALAUPUN TELAH MELAKUKAN PERSEMBAHAN YANG HEBAT.

    (TAHNIAH KEPADA ADIK NUR SYAFIQAH KERANA MENGETEPIKAN SAKIT TEKAK KDAN MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI. KAMI YANG MENDENGAR HAMPIR MENITISKAN AIRMATA KERANA TERASA PERITNYA LEHER DIA UNTUK MELONTARKAN SETIAP PATAH. PETAH DAN PENUH KESOPANAN INILAH JUARA SEBENAR.

    APAPUN TAHNIAH BUAT SEMUA

  15. Salam buat semua,

    Pertama kali jiwa kita dihidupkan dengan rancangan yang memenuhi tuntutan jiwa, mendidik minda. Tahniah buat JAKIM dan RTM.

    Diharapkan perincian pengadilan perlu lebih menjurus kepada konsep rancangan iaitu mencari pendakwah melalui PIDATO yang diselitkan dengan TARANUM, MENGAJI, NASYID DAN SAJAK itu memenuhi konsep pidato, bukan lebih kepada menghiburkan dengan membanyakkan lawak…..bimbang nanti orang keliru dengan konsep yang diutarakan JAKIM.

    Harap stesen tv lain dan pihak-pihak lain menjadikan ini sebagai panduan. Senbenarnya bumi ini amat memerlukan jiwa mulus untuk menjadi pelapis kepada pendakwah yang sedia ada.

    SEKALI LAGI, TAHNIAH BUAT SEMUA NAAK-ANAK COMEL DAN PETAH ITU !!!!

  16. Puan Seri Bulan,
    Ya sangat setuju, pengaruh Adik-adikku sangat kuat. Moga yang lekat ialah pengaruh yang baik-baik seperti ini.

  17. Hasni Mansur,
    “HARAP PIHAK JAKIM TIDAK TERGESA-GESA UNTUK MENERBITKAN SIRI KEDUA TETAPI MEMBERI LEBIH TUMPUAN UNTUK PENGISIAN JIWA ANAK-ANAK YANG TELAH TERPILIH INI UNTUK TERUS DIISI JIWA PENDAKWAH”

    Cadangan tuan/puan sangat menarik dan wajar diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Melahirkan anak lebih mudah daripada membesar dan mendidik mereka.

  18. Saudara Jefri,
    Pandangan saya bukan salah pada lawak itu. Lawak ialah sebahagian daripada kreativiti untuk menarik minat audiens. Cuma tumpuan Murabbi + pengkritik lebih agar anak-anak melihat isi itu yang lebih utama daripada bahan lawak.

  19. Ya tuan punya blog…banyak kesilapan dan kekurangan dalam rancangan ini. Ini kerana kali pertama JAKIM menerbitkan rancangan sebergini. Bukan tidak mampu untuk buat di studium atau di tempat yang besar. Ini kerana tiada bajet yang secukupnya. Biasalah tiada yang hendak sponsor rancangan seperti ini. Rancangan ini tidak besar tapi bagi saya ia memberi impak yg besar pada anak-anak kita masa akan datang. Jika ia tidak didedahkan dengan hal sebegini mungkin timbul faktor lain. Kami semua terkejut kerana terlalu ramai orang pada malam itu dan kami tidak menjangkakan walaupun kami sudah menyediakan skrin tv besar di luar dewan ia tidak mampu menampung tapi alhamdullilah semua berpuas hati. Namun Allah tu Maha Kaya, setiap perjalanan dalam proses rancangan ini berjalan dengan lancar walau ade beberapa masalah, namun ini adalah rancangan yang berbentuk islamik yang berteraskan agama islam. Allah memberkati rancangan ini. Terima kasih kepada penderma dan sumbang yang tidak terhingga daripada pihak tertentu. Semoga setiap sumbangan itu dibalas dengan pahala yang setimpal dengannya. Saya bersyukur sangat ke hadrat ILLAHI Allah membuka jalan dan memurahkan rezeki dalam menjayakan rancangan ini. Moga-moga pihak JAKIM dapat mempercepatkan lagi dan menyambung rancangan musim adik-adik ku yang ke-2. Amin…..

  20. Siti Aisya dan tenaga di belakang tabir,
    Kami semua doakan yang terbaik buat program JAKIM yang baik ini. Tiada siapa di sini yang menafikan kebaikannya. Segala kekurangan diperbaiki sedapat mungkin. Cadangan dan pandangan mohon dipertimbangkan. Wafaqakum bittaufiq wannajah.

  21. saya hanya dapat melihat program ini pada pagi raya pertama, sungguh teruja program ini. Berdiri bulu roma saya ketika mendengar adik membaca al-quran lengkap taranom sekali. Prog ini telah mengubat hati ku yang sedih ketika itu. diharap program yang baik ini diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang n pihak yang bertanggungjawab buatlah promosi secara besar-besaran…. rasanya lagi ramai peminat yang melihat…..syabas adik-adik ku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s