INSYIRAH DI TUNAS CIPTA

TUNAS CIPTA bagi bulan April dalam ruangan Resensi Novel memilih novel ketiga saya iaitu ‘Insyirah’. Novel istimewa ini – Menang tempat pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP 2007 (kategori Remaja/Melayu) – diterbitkan pada tahun 2009 dan diulas oleh Siti Noorisa Abdul Khlil. Saya petik tiga komen Siti Noorisa :

1.  Penulis cuba mengangkat tema kecintaan kepada Pencipta, kecintaan kepada ilmu dan kecintaan kepada sesama manusia. Penulis dengan bijak memasukkan unsur kasih sayang agar novel ini dapat memberikan kesan yang kuat kepada para pembaca supaya mereka tahu pentingnya kecintaan kepada tiga  aspek ini sebagai hamba di muka bumi.

2. Apabila dihayati dan dibaca dengan hati, novel ini mampu membuatkan sesiapa yang membacanya akan tersentuh atas kekedilan manusia. Mengulit novel ini, pembaca akan berasa novel ini boleh menjadi pembangkit semangat pembaca untuk berusaha menambah ilmu.

3. Novel ini sangat sesuai dibaca oleh golongan remaja dan dewasa sebagai cara untuk bermuhasabah dan panduan mendidik diri dan orang di sekeliling dalam usaha mendekati Allah.

Terima kasih kepada  editor dan penolong editor Tunas Cipta kerana memilih novel Insyirah ini. Saya dimaklumkan, buku ini sedang diusahakan cetak ulangnya, namun masih ada bakinya yang boleh didapati di gerai buku DBP sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 19-28 Mac 2010 – al-Kurauwi

2 thoughts on “INSYIRAH DI TUNAS CIPTA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s