PWTC BUKAN GELANGGANG PESTA BUKU

KATA PUAN AINON, Sesak badak! Jangan ke PWTC esok (Ahad 21 Mac 2010) kerana Jumaat dan Sabtu sahaja PWTC sudah sendat manusia. (Saya tak pasti, sama ada bahasa Puan Ainon dalam FBnya itu bahasa implisit atau ekspilisit.

Yang pasti, saya mengakui dan mahu menambah kepada rakan yang belum pergi: Jangan bawa anak! Jangan bawa orang tua! Jangan bawa kereta! Jangan bawa beg duit! (bawa duitnya sahaja). Pengumuman hilang anak, kereta tersalah parkir, beg duit tertinggal dan pengumuman-pengumuman aktiviti menambah sesak kepala. PWTC tidak mesra pengunjung dan tidak mesra kaki dan perut! Pelancaran buku, ceramah di ruang legar sudah tidak mesra dengar. Tegang urat tengkok si tukang ceramah, malangnya pengunjung tak dapat menghayati apa yang diceramahkan. Tidak masuk lagi harga makanan yang melampau-lampau. Bayangkan nasi lemak kosong RM3 sebungkus!

Gerai-gerai popular ketat manusia. Gerai-gerai yang jual ‘cover wajah’ penghias majalah, peminat wajah spesis karikatur pula bersusun gelagat manusia menunggu giliran. Maaf, jika ada yang berjalan berlaga punggung atau sengaja ‘tersenggol’ dada.  Aktiviti digerai, hilang punca dek pembesar suara mahu menarik manusia. Aktiviti itu bagi saya, menyesakkan lagi laluan yang sedia ketat. Aktiviti tanpa pembesar suara pula bagai berbisik dengan pengunjung atau peminat-peminatnya.

Sungguh, PWTC tidak lagi sesuai untuk gelanggan Pesta Buku bertaraf antarabangsa apatah lagi mahu setanding dengan Pesta Buku Frankurt!  Mungkinkah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur boleh menjadi hab menjual hak cipta sahaja seperti pesta buku yang lain? Sedang berfikir-fikir tempat yang sesuai menggantikannya. Anda? – al-Kurauwi

Advertisements

2 thoughts on “PWTC BUKAN GELANGGANG PESTA BUKU

  1. Hari Ahad tak sesesak macam hari Sabtu. Satu suasana yang agak pelik pada mata saya. Tanya kawan-kawan yang jaga booth, mereka akui hari minggu tu memang kurang orang. Setuju dengan ustaz. Saya rasa pesta buku di sini dah jadi macam pasar malam. Ada yang terjerit-jerit melelong buku di booth. Perempuan pulak tu. Lelaki India yang juga jaga booth yang bertentangan asyik tersenyum dan menggeleng-geleng kepala melihatkan gelagat cik adik tu.

  2. Su,
    Ajaib apabila Ahad tidak sesak hari Sabtu. Barangkali pengunjung sudah keputusan wang. Bagi yang dapat gaji hari ini, bolehlah berbelanja semula. Bagi yang dapat gaji lewat sikit, masih lagi ada masa. RM1000 yang dipotong daripada cukai pendapatan, banyak tu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s