TAK SAMPAI “MAQAM”?

“KENA ada seorang yang berani tegur,” pujuk saya kepada jemaah yang sudah lama tidak senang dengan bacaan seorang imam di masjidnya itu. Saya lihat matanya bulat memandang penuh harap. Dia resah, apabila saya jelaskan bahawa bacaan salam bagi mengakhiri solat itu merupakan rukun qauli. Andai salah sebut, batal solat. Ramai imam yang menyebut “Salamu’alaikum warah matullah.” sedangkan yang tepatnya ialah “Assalamu’alaikum warah matullah.” Hanya kerana gugur huruf Alif dan lam Syamsiah, rosak seluruh solat.

“Orang yang paling layak menegur imam, sebaik-baiknya ialah orang yang paling dekat,” syor saya lagi. “Saya datang ke sini sekali seminggu sahaja,” sambung saya lagi. Pemuda itu mati kutu. “Kalau dalam solat, yang paling dekat dengan imam ialah bilal. Oleh sebab itu, ilmu bilal dengan ilmu imam hendaklah setara. Sekurang-kurangnya ,bilal boleh diharap untuk menegur imam, jika imam tersilap. Al-maklum, imam juga manusia biasa,” syarah saya lagi.  

“Saya tak mampu, ustaz. Iman masih lemah. Rasanya maqam tak sampai,” jawabnya jujur. Saya geleng kepala. Tercari-cari apakah ‘alat’ dan ‘unit’ sesuai untuk mengukur iman kuat atau tidak? Terfikir-fikir bagaimana nak menyambung ‘maqam’ yang tak sampai-sampai.

;

SETIAP kali melihat saya berawal-awal ke surau, guru tajwid kami ini akan berbasa-basi menolak saya menjadi imam. Oleh sebab dia guru, berkat guru menjadi imam tidak akan saya lepaskan begitu sahaja. Saya menghulurkan tangan  mempelawa ustaz kami ini ke hadapan.

Usai solat saya melihat alat perakam suara tersepit di tulang tengah baju jubahnya. “Ustaz terlupa menanggalkan alat pembesar suara tu!” tegur saya.

“Tidak.” senyumnya. Dia menghulurkan sebuah alat perakam yang comel daripada poket jubahnya. “Ustaz rakam suara ustaz sendiri?” soal saya kehairanan. “Ya.” jawabnya sepatah. Baru sahaja saya mahu bertanya, mengapa, dia menyambung semula. “Kalau saya salah baca dalam solat, siapa yang akan tegur saya?” Soalan yang tak memerlukan jawapan, telah saya. “Saya tahu, masing-masing takut nak menegur imam. Tak sampai maqam, alasan mereka.” Dia senyum. Saya melongo. – al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s