SAYA DAN KLINIK DR JAWI

BAGI yang berminat untuk mempelajari Kaedah Tulisan Jawi yang Disempurnakan, Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Klinik Dr. Jawi pada 24-25 April 2010. Program ini akan diadakan di Bilik Serbaguna, Aras 1, Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur. Jam 8.00 – 4.30 petang – Sabtu dan Ahad.

Penyertaan percuma, terbuka kepada remaja dan dewasa, sijil penyertaan disediakan dan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Pendaftaran di Kaunter Pusat Manuskrip Melayu, Aras 2, Perpustakaan Negara Malaysia atau dengan menghubungi urus setia : Cik Nor Azila Mohd Noor : 03-2687 1859 atau Puan Kalthom Kassim : 03-2687 1854/1858.  Boleh juga menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka di talian: 03 2148 1221

Lautan biru empunya hikayat,
          Bayu beralun di malam gelita;
Tuntutan ilmu sepanjang hayat,
          Tapi belum bergelar pendeta.

– al-Kurauwi

20 thoughts on “SAYA DAN KLINIK DR JAWI

  1. Insya-Allah ada siri kedua nanti. Harap dapat daftar lebih awal. Elok kepada guru-guru JQAF yang turut serta agar tidak beri ajaran sesat kepada anak murid.

  2. Assalam,

    Sebagai perserta, alhamdulillah, ia sebuah ilmu. Ia menjadi bakti jika kita berkongsi, apalagi mengadaptasi untuk pekerjaan seharian. Ilmu yang baik itu amal.

  3. Terima kasih Seri Seroja,
    Moga penat lelah dua hari berbaloi dan menjadi jariah sehingga ke akhirat. Tahniah atas partisipasi dan semangat mendengar yang sangat tinggi.

  4. Assalamualaikum….
    syukran ats perkongsian ilmu ustaz selama 2 hari dlm program Klinik Dr. Jawi ari tu…
    byk manfaat dan kebaikan yg dapat diperolehi bersama sama dengan semua peserta…..moga dapat dikongsi lagi pada masa masa akan datang….Insya Allah

  5. Sama-sama kasih Su,
    Semangat mengajar saya kali ini memang berbeza. Seronok bertemu dengan anak-anak murid yang pandai-pandai belaka. Ya, kalau panjang umur kita perdalamkan lagi ilmu ini.

  6. Salam. Ustaz, agak-agak siri kedua akan dibuat pada tahun ini @ lambat lagi. Terima kasih

  7. Ita,
    Belum pasti lagi. Saya difahamkan ada satu program Jawi bersama-sama tokoh lain selepas ini. Cuba kunjungi laman sesawang PNM. Barangkali ada maklumat di sana.

  8. Salam. Ustaz, saya ada masalah dalam mengajar budak lemah (Lembam). Untuk mengenal huruf, saya tidak ada masalah, Alhamdulillah murid ni boleh menyebut huruf yang saya soal, tetapi bila huruf nak dieja menjadi suku kata murid ni bermasalah untuk mengingat walaupun sudah diulang banyak kali. Ada tak cara @ fomula untuk murid yang lembam ini mengenal,menyebut, mengeja, menulis dan menyambung huruf menjadi perkataan (5M).
    Terima kasih ustaz.

  9. Ita, pertama sekali terima kasih kerana berkunjung ziarah ke blog kecil.

    Saya fikir, isu mengajar murid lembam, suatu isu yang sangat menarik kerana sistem pengajarannya terkeluar daripada kaedah mengajar konvensional.

    Terus terang, saya tidak ada pengalaman mengajar golongan istimewa ini. Apapun cadangan saya begini:

    1. Mengajar ejaan lazim menggunakan sistem vokal yang mudah terlebih dahulu seperti vokal /a/ = Ba.ba, pa.ra, pa.pa, vokal /u/ = bu.bu, pu.ru. Vokal /i/ pi.pi, ti.ti,

    2. Pastikan pemilihan perkataan tidak rumit yang memerlukan kaedah pengguguran vokal dan sebagainya. Elakkan mengajar kata seperti mata, jaga, leka, bapa dll.

    3. Kaedah menggunakan papan kad sama ada menggunakan gambar atau kad huruf membantu murid untuk ingat.

    4. Jangan putus asa teruskan latih tubi membaca dan menulis menurusi kaedah meniru, menyalin Jawi (akhbar atau buku cerita) dll

    Saya sentiasa mengagumi guru-guru seperti Ita. Moga terus dibekalkan dengan sabar yang tinggi.

  10. salam. ustaz slmt menyambut ramadhan.
    – sy ade kekeliruan skit berkaitan dengan hukum “KA” dan “GA”.
    adkh Ka Ga ni terikat dengan hukum “BETAPA GANASNYA CIK MAT JANGUT”?
    – bilakah lg ustaz ade bt bengkel jawi dlm ms tedekat ni.
    T.Q

  11. Ita, Salam Ramadan.
    Dalam hukum “Betapa Ganasnya Cik Mat Janggut” ada hukum ka dan ga. Tetapi dalam hukum Ka dan Ga tidak ada hukum “Betapa Ganasnya Cik Mat Janggut” contohnya perkataan baka dan laga.

    Kedua-dua contoh tersebut ada dalam dua-dua hukum. Tetapi kata bangga dan buka hanya ada dalam hukum ka dan ga sahaja.

  12. salam. sudh lama benar sy x menjengah ke blog ustaz.
    thn ni jais mengeluarkn buku teks baru utk diajar. msalah skrg ni sy br menyemak beberapa buku teks tsbut perkataan y sama tp ejaan y bebeza sy pn muskil.
    antara y sempat sy lihat perkataan SIFAT ada y dieja صفة dan ada y dieja صيفت begitu juga dgn perkataan MISAL مثل/مثال/ميثل
    beberapa org rakan bertanya dgn sy. sy pn muskil gak kenapa Sifat d Misal dieja spt ميثل/صيفت adkah perkatan arab telah diserap kedlm sebutan melayu?
    tq

  13. assalamualaikum…ana Ahmad rizwan bin jaafar (ex imam masjid alansar )…ana ada bersembang dengan seorang pensyarah IPG tuanku bainun pasal kursus munsyi jawi…ana ingat nak ikut jugak untuk tambah ilmu…harap dapat respon…جزاك الله

  14. Salam Ustaz Rizwan,
    Tahun ni, DBP belum bercadang untuk mengadakan Kursus Munsyi Jawi. Insya-Allah cadangannya tahun hadapan.

    Saya cadang, ustaz ikuti kursus Jawi level rendah dahulu kerana Munsyi Jawi khusus kepada tenaga pembimbing. Kalau ada nanti saya maklumkan.

  15. Assalam Ustaz… Maaf,.. Boleh saya tahu, huruf jawi sebenarnya ada 37 atau 35? Saya ada terbaca huruf jawi terkini oleh DBP ada 37 termasuk ة dan ى. Tapi saya lihat dalam pakej online ustaz ada 35.. mohon beri jawapan..

  16. Salam Saodah,
    Dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu ada 37 huruf. Gunalah berasas PUEJBM itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s