DARAH WANITA: APA YANG BEZA?

WALAUPUN  siapapun kita, kita bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku dalam kalangan kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini. Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajarinya. Dalam minda wanita masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu ialah darah haid. Apabila tempohnya terlebih sedikit, maka ia dikatakan darah istihadah, pada hal kadang-kadang adalah sebaliknya.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah masyarakat hari ini kurang mengetahui mengenai masalah haid kerana golongan wanita berasa malu hendak belajar atau bertanya mengenai masalah ini lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita (hal-hal sulit) dan ada juga segelintir masyarakat yang apabila disebut mengenai perkara ini, mereka akan menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang lucah dan tiak senonoh, seolah-olah tiak sesuai untuk dibincangkan.

Tambahan pula, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya mengenai masalah haid kerana khuatir bahawa masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya. Maka jika fenomena ini berterusan, semua pihak akan menanggung  dosa.

Buku berkulit tebal Tuhfah al-A’iza’ Fi Idah Masa’il Dima’ al-Nisak – Hadiah Untuk Insan yang Mulia Dalam Menjelaskan Hukum Darah Wanita ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Mansoor Bin Ismail al-Hafiz, Miftahul Ulum, Seri Petaling wajar dimiliki oleh setiap keluarga. Buku yang lengkap dengan rajah, jadual dan warna hanya berharga RM60 (boleh dirunding) boleh hubungi saya dengan sms 013 6765617 – al-Kurauwi 

Advertisements

10 thoughts on “DARAH WANITA: APA YANG BEZA?

  1. Oh, hal ini ke?
    Untuk makluman, ilmu ‘Di Sebalik Hijab Wanita’ harus dipelajari bukan sahaja kaum wanita malah kaum lelaki juga. Entri ini mempromosi sebuah buku yang sangat mudah untuk dipelajari.

  2. Bagi saya bila soal darah diperhatikan dengan rinci dalam Islam sewajarnya merefleksi akan keindahan, kecantikan dan kehebatan Islam itu sendiri sebagai agama yang benar lagi membenarkan. Mana ada agama lain yang bicarakan soal darah serinci ini? Yang indah itu boleh muncul dalam kejelikan darah sebagaimana lahirnya sekudus dan secomel bayi bersama darah!

  3. Tuan Zul,
    Bicara tentang darah wanita ini wajib diketahui oleh kaum lelaki. Keindahannya bukan hanya dibicarakan tentang darah secara zat, bahkan emosi juga harus difahami. Kasih sayang seharusnya ‘adil’ antara saat berdarah atau tidak. 🙂

  4. Dik Zu,
    Bila mencari suami nanti, cari suami yang faham bukan sahaja fizikal isteri malah hati dan emosi.

  5. Jangan garang. Takut saya nak singgah DBP. ‘tidak sesuai dibincangkan’. Kenapa ustaz selalu press tidak kepada tiak. haahaahaa please jangan marah 😉

  6. Dik Zu,
    Salam ziarah. Tidak garang hanya ‘rang-rang’ bunyi diaa. ‘Tiak’ barangkali singkatan daripada ketiak yang masam apabila tidak di’deodoran’kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s