DENGAN SIAPA ENGKAU DUDUK

Siapa yang suka duduk dengan orang kaya, Allah akan menambah kecintaannya kepada dunia. Siapa yang suka duduk dengan sultan (penguasa atau pemimpin), Allah akan menambah baginya sifat yang kasar dan sombong. Siapa yang suka duduk dengan wanita (bukan muhrim), Allah akan menambah sifat bodoh dan syahwat. Siapa yang suka duduk dengan orang fasiq, maka akan bertambah berani berbuat dosa. Siapa suka duduk dengan kanak-kanak akan bertambah kesukaannya untuk bermain-main dan bersenda-gurau. Siapa yang suka duduk bersama-sama dengan orang miskin Allah akan menambah sifat bersyukur dan reda menerima kurniaan yang ditentukan oleh Allah. Barangsiapa yang suka duduk dengan orang soleh akan bertambahlah keinginannya untuk berbuat taat. Barangsiapa yang suka duduk dengan ulama akan bertambahlah ilmu dan waraknya  – Imam Abdul laits.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Perumpamaan rakan yang baik dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan si tukang besi. Penjual minyak wangi sama ada dia memberikan minyak wangi atau kamu membeli atau hanya mendapat bau harumannya. Berkawan dengan tukang besi pula boleh menyebabkan baju kamu terbakar atau tercium bau busuk daripada tubuhnya.”

Nah, dengan siapa engkau duduk? – al-Kurauwi

18 thoughts on “DENGAN SIAPA ENGKAU DUDUK

  1. Dik Zu,
    Tak suka duduk dengan Dik Zu, seraammmm. Lagipun ketiak masaaamm.😛

  2. Salam kunjungan Ren,
    Lama tak meyapa salam di teratak kecil ni. Ya, kita sama-sama rasakan kenangan di PD itu, adalah kenangan yang terhebat. Bilakah boleh kita ulang kenangan itu sambil membedah hati dan semangat agar sama-sama kuat untuk menulis.

  3. Salam Ren, Kholid
    Setuju dengan Ren. Kanda cadang di Kebun Teh Cameron Highland atau di Tasik Chini, Pahang. Wah dua-dua di Pahang nih.

  4. Kholid,
    Apa kata ajak Zulkifli Khair sekali? atau SF? Tentu panjang cerita sambil-sambil minum teh boh atau mengail ikan toman di Tasik Chini.

  5. Insya-Allah pada 7 dan 8 Jun saya ke Cameron Highland lagi bersama keluarga (belum bagi tahi Kholid). Mungkin kita boleh duduk bersama.

    Saya sukakan kutipan2 dalam entri ini. Refleksi tentang duduk. Duduk itu nampak mudah namun ia hakikatnya jelmaan daripada kalbu dan fikiran, pandangan hidup dan iman. Pengajaran: Anda adalah dengan siapa anda duduk.

  6. Tuan Zulkhair,
    Istilah “belum bagi tahi Kholid”, mungkin antara agenda perbincangan yang menarik jika kita dapat bertemu nanti.

    Persoalannya, bolehkah 3-4 buah keluarga yang besar bertemu di Cameron Highland nanti dialu-alukan oleh tuan punya banglo. Tarikh itu nanti akan dibincangkan dengan ahli mesyuarat yang lain.

  7. Tuan Naga,
    Haji Dawam dah pakai kopiah. Barangkali sedang bermuhasabah.

  8. Dengan siapa engkau duduk atau nak duduk dengan siapa?persoalan yang perlu kita fikir kan …kita yg membuat pilihan…kerana yg menentukannya adalah diri kita…sama-sama kita fikirkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s