HARGA SEBUAH ILMU

SETELAH menamatkan pengajian di Jordan pada tahun 1998, saya terus datang ke Kuala Lumpur menyambung Ijazah Sarjana, Pengajian Bahasa Moden di Universiti Malaya, satu kelas ketika itu dengan Ustaz Zahazan Mohammad.  Sambil belajar, saya mengajar al-Quran di Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa dan sela-sela waktu menjadi tutor di Universiti Malaya. Sejak 1998 hingga kini, dari bujang empat hingga kini bujang tiga, saya masih lagi mengajar al-Quran. Rutin harian yang tidak mungkin dikesampingkan.

Dalam tempoh 12 tahun itu, tak terkira ramainya anak murid. Silih berganti. Bak laut, sekejap pasang, sekejap surut. Dari sekecil usia hingga kini ada yang sudah mendirikan rumah tangga. Anak murid paling tua – masih bertatih membaca – daun usianya sudah meluruh lebat. Dari yang berdiri tegak hingga ke bongkok tak rak. Ada yang masih hidup, ada juga yang sudah meninggal dan ramai juga yang berhenti kerana tak sanggup. Tak sanggup bukan kerana wang ringgit, tetapi kerana semangat belajar semakin lama semakin meredup.

Tuhan, saya tidak menilai keringat yang tercurah dengan sampul berlipat, tidak juga masa yang diberi dengan harta yang berpeti-peti, tidak juga ilmu yang dikongsi dengan puji dan sanjungan peribadi. Yang saya mahu, hanya dikasihi dengan reda Ilahi.  Pahala yang ada mohon jadi bantal meninggi kepala, mohon jadi selimut penyejuk tubuh, mohon jadi pelita yang memberi cahaya, sewaktu tubuh menjamah tanah. Tuhan, mohon harga sebuah ilmu menjadi pendiding api neraka.

– al- Kurauwi.

Terima kasih kepada semua anak murid yang memberi ucapan ‘Selamat Hari Guru’, atau yang meninggalkan pesan, maaf jua jika ada yang memendam perasaan.

7 thoughts on “HARGA SEBUAH ILMU

  1. Salam,
    Selamat Hari Guru buat “Ustaz Baihaqi”. semoga Allah merahmati segala usaha ustaz.
    izinkan saya terus meminjam semangat ustaz dalam perjuangan saya pula. ahhh… “ustaz tak boleh kecik hati dengan anak muridnya”. kata-kata yang bersahaja itu yang saya pegang dalam menangani anak murid saya.

    wassalam🙂

  2. Salam ziarah puan,

    Terima kasih atas ucapan “Selamat Hari Guru buat “Ustaz Baihaqi”.”

    Saya menerima ucapan selamat ini sebagai ‘Azman’ si penulis yang serba kekurangan itu. Watak Ustaz Baihaqi terlalu sempurna dalam novel “Punya Cinta Ramadan”. Puan jangan terlalu obsesi dengan novel tersebut.🙂

  3. Seronok melihat sepintas lalu gelagat Ustaz tertunduk malu, mukanya merah padam!!! emmmm

  4. Aisha,
    Guru juga manusia biasa, gopoh menyulam kata hingga kadang-kadang tersilap berbicara. Bukankah malu lambang iman. Semakin tebal malunya, semakin tebal pula imannya.

  5. Terima kasih Dik Zu,
    Kata Sayidina Ali RA, Baramgsiapa yang mengajarku walaupun satu huruf, maka dia adalah guruku.

  6. Salam ustaz…ilmu sampai bila bila pun tak kan habis…selagi ilmu dicari semakin byak faedahnya…selagi mencari tak kan sia-sia hidup ini…bila jadual ustaz kat Masjis Muaz Jabal Setian wangsa tu lagi…inform la…bleh sy ikuti …harap ustaz ada senaraikan jadul untuk makluman anak2 murid mencari ilmu…syukran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s