MEMENUHI WALIMAH

APABILA membincangkan hal walimah sebelum dan sesudah atau hal-hal yang melibatkan anak-anak, saya sedikit berhati-hati kerana dalam kalangan anak murid ramai yang tidak berkahwin. Saya pernah memberi kuliah di hadapan seorang wanita yang kerap benar  ‘lonjong’ wajahnya bila saya membuka kitab. Apabila saya bertanya kenapa? Secara jujur dia menjawab, “Saya tak suka dengan kitab yang ustaz ajar!” Wajah saya berubah, namun cepat-cepat saya telan, tak jadi nak marah kerana faham statusnya itu. Selain itu saya kerap menerima pesanan ringkas seperti ini daripada kaum wanita:

Ya la kesian dia, berseorangan nak uruskan semua. Di sinilah, kebaikannya berpoligami. Dia mudah marah, sensitif, sakit kepala, migrain kerana tak kahwin. Ustaz tolonglah selamatkan.  Kemudian jawab saya,

Betul, secara peribadi, biarlah isteri yang mencari kerana dia yang akan berkongsi. Kemudian balasnya semula,

Suruh ‘orang rumah’ mencari, maka alamat tak jumpa sampai  kiamat. Cuba suruh anak murid mencari, memang panjang la senarainya. Apa pun saya sokong poligami, tetapi maaf, bukan suami saya. Cukuplah dengan payung karat yang ada.

Apapun tahniah buat rakan penulis WB Rendra yang akan menamatkan zaman bujangnya pada awal Jun ini dengan gadis pilihannya. Insya-Allah moga perkahwinannya diberkati Tuhan. Saya akan memenuhi walimah beliau di Felda Chini 3 dengan sebatang joran. Mahu memancing ‘toman’ di tasik Chini yang tenang dan sejuk mata memandang – al-Kurauwi

4 thoughts on “MEMENUHI WALIMAH

  1. assalammualaikum kanda ustaz yang dihormati.
    berbanyak terima kasih kanda, meluangkan ruang & masa. ren sangat menghargainya. semoga perjalanan & urusan kanda berjalan dengan lancar. mohon doa daripada kanda jua.

  2. Wa’alaikum salam, Ren,
    Tiada kegembiraan yang lebih berharga melainkan bahagia melihat orang juga bahagia. Moga perkahwinan menambah pahala, menjauhi dosa nan cintanya hingga ke syurga.

  3. Salam Tuan Marsli.
    Moga-moga dapat bertemu tuan di sana nanti. Nanti saya bawakan untuk Tuan Marsli novel baharu saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s