BLOGGER KECIL DARI SYURGA

Entri 1

RETINA Dena Balosha berkaca-kaca saat memuat naik sekeping gambar berisi tubuh seorang gadis kecil yang sedang dijulang mengawan oleh seorang lelaki tua. Wajah lelaki itu keruh memendam sebuah hiba. Di belakang lelaki itu, ribuan tangan turut menjulang ke langit seolah-olah mahu menongkat awan yang terkepung dalam warna perang itu.

Gambar itu sangat mengusik nyali kecilnya lalu kembali menghantar ingatan kepada sebuah daerah yang musnah dalam puing-puing musibah. Kepul-kepul asap kelihatan bersisa mengapung dalam mendung yang membumbung di langit Gaza. Entah mengapa, dia terasa disayat oleh gayat dek melihat tanah yang menjauh dan langit zulmat yang mendekat. Tubuhnya bagai duduk di atas buaian yang diayun oleh lelaki tua itu. Semakin lama berbuai, semakin tinggi dia berayun dan semakin jauh daripada dakapan lelaki tua itu. Dia mengekek terpingkal-pingkal rasa gembira berulam gerun. Dahulu, suara lelaki itulah yang membisik ke lohong telinganya pesan-pesan menyejukkan di sebuah taman permainan.

Tanah ini hanya jauh daripada dakap kita, namun tetap kukuh memasak tiang-tiangnya di jiwa selagi bumi berpusar di bawah telapak kaki berdiri.

Dia memulakan catatannya dengan meminjam pesanan lelaki itu. Dialah perindu tegar setelah jihad menjadi pedang yang memutuskan sementara cinta mereka, sementelah sekian lama berpisah nyawa ditinggal oleh bonda dan kekandanya.

Petikan Cerpen Blogger Kecil Dari Syurga Tunas Cipta, Jun 2010. – al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s