PABILA ORANG BERBUDI

PANGKAT, GELARAN, ANUGERAH ATAU KETOKOHAN seseorang itu bukan diminta bukan juga dilobi, tetapi diberi atau dikurnia sesudah melepasi peringkat ujian atau penilaian. Isu tentang apa yang dapat, siapa yang beri atau di mana ruang yang diberikan oleh si urus setia kepada tokoh berkenaan bukanlah hal yang utama.

Terimalah, jika ada orang yang mahu memberi. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dan apabila orang menarik balik budi yang diberi, terimalah juga. Sentiasa percaya bahawa yang memberi itu orang, ilham kurnia rezekinya daripada Tuhan juga. Tuhan memberi, Tuhan juga yang menariknya kembali.

al-Kurauwi
Diangkat ‘Bakat Bulan Ini – Jun’ dalam laman KLIK WEB DBP. Gambar bersama-sama saudara Serunai Faqir di Istana Budaya , sempena Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.  Tahniah kepada pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi tahun 2010. Masih di Istana Budaya, katanya Julai ini.

14 thoughts on “PABILA ORANG BERBUDI

  1. Tuan SF, sentiasa glamour,
    Kalau menang lagi HSKU tahun ni, tuan tentu lebih glamour. Menanti novel tuan selanjutnya. Bila tu?

  2. Terima kasih tebangtebas,
    Menulis hanya untuk mengkritik, hayatnya lebih pendek daripada menulis untuk memberi ilmu kerana ia jariah.

  3. Salam,
    Tuan SF, HSKU sedang diuar-uarkan setiap minggu di Mingguan Malaysia, petanda nama-namanya akan disiarkan tidak lama lagi. Rezeki ada di mana-mana, jika tidak di HSKU, tentu ada di tempat lain.

  4. assalamualaikum kanda ustaz.
    tahniah, menghiasi klik dbp. ren sudah singgah dan baca di sana.
    sdr.sf melentok nampaknya.he.he

    “sentiasa percaya bahawa yang memberi itu orang, ilham kurnia rezekinya daripada Tuhan juga. Tuhan memberi, Tuhan juga yang menariknya kembali.”

    entri ustaz ini memberi kesan.
    terima kasih, ustaz.

  5. Wa’alaikum salam, Ren,
    Seronok mendengar sapaan Ren setelah bergelar suami. Teruskan menulis. Walaupun bergelar suami, harap lebih produktif menulis selepas ini.

  6. Tahniah buat Ustaz. Ustaz, cerpen dan puisi yang macam mana yer( maksud saya tema) yang biasanya diterima untuk disiarkan kt Mingguan Malaysia

  7. Shameel,
    Tema atau isu-isu yang diangkat sebaik-baiknya lain dari yang lain. Lebih molek jika Shameel mendapatkan buku-buku pemanang HSKU sebagai rujukan.

  8. Alhamdulillah, Kholid,
    Tinggal tiga, empat bab lagi untuk ditamatkan. Selamat menulis.
    Berita yang mulus-mulus itu sudah keluar atau belum?

  9. Walaupun belum ada berita lagi, belum muncul dari langit. Sebelum turun tolong sediakan kuali!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s