HSKU 2009: 40 CERPEN TERBAIK

DARIPADA 181 buah cerpen, Panel Hakim telah menyenaraipendekkan 40 karya untuk penilaian peringkat akhir HSKU 2009. Ayuh, mari kita meneliti keistimewaan cerpen-cerpen tersebut seperti yang berikut: 1. Akhir Parak Siang (Zaen Kasturi)  2. Dari Fail Tribuhak (Ghazali Lateh) 3. Doa Akhir Tahun (Malim Ghozali PK)  4. Embus-embus Iman di Indus (Adip MN Damanhuri) 5. Falsampah (Serunai Faqir) 6. Hikayat Penenun (Ana Balqis)  7. Holograf Klasik dari Nagasaki (Zulfazlan Jumrah) 8. Iluminasi (Zanazanzaly)  9. Jagung Manis, Kayu Gaharu (Rahman Haji Yusof) 10. Ketuanan, Maaf dan Seorang Binatang (Marsli N.O) 11. Kisah Sebatang Pokok (S. M. Zakir) 12. Kompang Kenduri (Siti Jasmina Ibrahim) 13. Mahkota di Atas Jemala (Farahana Hussain)  14. Muhammad Ulul Albab (Faisal Tehrani) 15. Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah (Mawar Shafei)  16. Pascasejarah (Fahd Razy)  17. Rama-rama dari Taman Biru (Shamsiah Mohd Nor) 18. Resipi dari Istana 3 (Nisah Haron)  19. Sang Lelaki dan Puaka (Mohd. Hashim Osman)  20. Segregasi (Sayidah Mu‘izzah Kamarul Shukri)  21. Tukang Sepatu dan Sahabat dari Bukit (Malim Ghozali PK)  22. Ayam Patah Kepak (Hanif Hafiza) 23. Di Langit Tursina, Ada Bintang Yang Menunjuk Arah (Mawar Shafie)  24. Es Teller di Pagi Raya (Ummu Hani Abu Hassan) 25. Fort Margherita (Mohd Ali Salim)  26. Hikmah di Sebalik Ujian-Nya (Mawarni Sulaiman)  27. Hipertensi (Ilias Zaidi)  28. Hujan Kenangan (Azmi Ibrahim) 29. Kasut Tutankhamun (Fudzail) 30. Ketupat Palas dan Teluk Belanga (Citra Dinda) 31. Khilaf (Wan Marzuki Wan Ramli)  32. Kimono Ungu Bersulam Bunga (Rebecca Ilham)  33. Munsyi (Husna Nazri)  34. Pencinta Putih Kelir, Pewaris Merah Muleta (Nasriah Abdul Salam) 35. Puaka Pak Jaha (Nadia Khan)  36. Sanubari Seorang Anak (Siti Hajar Mohd Zaki)  37. Sehampar Ambal Tabriz (Najibah A. Bakar) 38. Semangat dalam Gelap (Ang Chin Huat) 39. Serban Sehelai (Siti Hajar Mohd Zaki) 40. Talkin Untuk Guru (Husna Nazri)

16 thoughts on “HSKU 2009: 40 CERPEN TERBAIK

  1. Salam Tuan Azman,
    Saya hargai usaha tuan menghimpunkan cerpen-cerpen yang masih mempunyai pautannya di MM. Insya-Allah, akan saya ‘highlight’ usaha ini.

  2. Puan Nisah,
    Salam kunjungan. Saya ‘mumaiz’ dan ‘baligh’ dalam dunia sastera melalui cerpen-cerpen yang istimewa daripada HSKU ini. Sentiasa cemburu dengan pemenang-pemenang, termasuk puan. Pautkanlah buat ‘bayi-bayi’ baharu yang bakal lahir nanti.

  3. Assalamualaikum,

    Terima kasih juga atas pautan2 di atas. Saya memang berniat menjejak cerpen2 yang disenaraikan, alhamdulillah bertemu dengan senarai yang telah Tuan pautkan.

  4. Waalaikumsalam, Najibah.
    Salam ziarah. Tentu sahaja Najibah bukan sekadar menjejak malah boleh menebak cerpen mana yang istimewa. Mungkin boleh dikongsi di sini selepas ini.

  5. Assalamualikum Ustaz;

    Terima kasih dan syukur atas usaha sdr cerpen sy juga terpampang dalam pautan. terima kasih seluas lautan.

  6. Assalamualaikum Tuan Ustaz Azman, jika ustaz belum ‘mumayyiz’ mahupun baharu ‘akil baligh’, ana nampaknya belum wujud pun dalam dunia sastera tanah air, mungkin masih di Luh Mahfuz.

    ;)….

  7. Waalaikumsalam, Tuan Ali.
    Salam ziarah. Usaha saya kecil sahaja, usaha Tuan Ali tentulah berlipat kali ganda. Tahniah, saya tumpang gembira atas pengiktirafan yang diberikan oleh HSKU kepada tuan. Teruskan menulis.

  8. Waalaikumsalam, Tuan Zahiruddin.
    Salam ziarah. Aduh, tinggi analogi tuan. Yang utama, proses belajar tidak akan terhenti hanya dengan seorang guru. Teruskan usaha tuan.

  9. salam Azman
    terima kasih di atas usaha yang tuan lakukan. ini sungguh bermanfaat. terima kasih.

  10. Tuan Marjan,
    Nanti kita pautkan ke blog pemenang masing-masing. Idea yang bagus.

  11. Terima kasih Tuan Zul,
    Yang hebat ialah pemenangnya, hamba memanjangkan kehebatan mereka.

  12. Salam ziarah Ummu,
    Tahniah berganda-ganda. Tahniah juga untuk Ummu di muka Tahun yang datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s