SIAPA KATA FELDA BANGKRAP?

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, saya tahu,
Harta berkepuk-kepuk, jadi kebanggaan orang Melayu!
Tanah berlonggok-longgok, pelbagai bangsa duduk bersatu.

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, saya tahu,
Ayah cerita, orang dulu bakar duit, buat halau nyamuk dan ulat bulu,
Tanah merah bertukar lebuh raya kelas satu,
Hasil minyak buat Amerika pun cemburu.

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, kini malu,
Pokok sudah tinggi, galah dan sabit tak larat nak pangku,
Kebun sekangkang hasil berbagi, mat-mat Indon yang sapu,
Berumah dalam kebun, ada yang ‘termenantu’.

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, kini malu.
Tanah makin sempit, si muda hisap dadah dan tua duduk melahu
teruna dara jadikan kebun tempat bermadu,
Masjid lengang, solat hanya sekali seminggu.

Siapa kata FELDA Bankrap? Semua orang tahu!
Mereka hanya bangkrap agama, bangkrap kelaku,
Jom pakat-pakat ambil tahu.

Anak Felda
Gugusan Bera,
al-Kurauwi

5 thoughts on “SIAPA KATA FELDA BANGKRAP?

  1. Ya syeikh
    Ana terimbau ke negeri jauh. Teringat tanah sekangkang kera yang sedang menjadi taruhan pembangunan negara.
    Apa agaknya akan terjadi jika tanah felda ini habis?

  2. Tuan Rusdi,
    Penulis itu pemerhati, penulis yang baik sesekali menukar bahasa sinisan.

  3. Tuan Shamsuddin,
    Salam ziarah ke teratak sunyi.
    Kata Tokku Paloh kepada British;
    “Ambillah, sebanyak mana ‘tanah’ dan punggahlah ke armada tuan, namun jangan campur pentadbiran Melayu.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s