HAMBA ALLAH

RANGKAI KATA “Hamba Allah” dalam bahasa Arab disebut Abdullah atau ‘Ibadullah. Muslim dalam Sahihnya telah meriwayatkan, daripada Ibnu Umar, Nabi SAW telah bersabda: “Antara banyak nama, nama yang Allah paling suka ialah Abdullah dan Abdurrahman.”

Dalam al-Quran, Tuhan banyak menggunakan lafaz ‘Ibadullah secara jamak berbanding perkataan Abdullah (Surah Maryam:30). Saat merujuk al-Mu’jam al-Mufahras li Ma’aani al-Alfaz al-‘Azim oleh Muhammad Bassam Rusydi al-Zain saya bertemu empat ayat dalam surah al-Soffat iaitu ayat 74, 128, 160 dan 169 yang memasangkan lafaz hamba Allah dengan perkataan ikhlas “Ibadullah al-Mukhlisin”.

Maknanya hamba Allah itu mesti ikhlas. Tolong, jangan cepat mengaku hamba Allah jika tidak ikhlas. Mana tidaknya, dalam bulan Ramadan ini, kita kerap bertemu nama “hamba Allah” ditulis sewaktu menderma kononnya tidak mahu sedekahnya diketahui orang. Tidak bermaksud mengaku sebagai Hamba Allah gelaran yang salah, cuma jangan sewenang-wenangnya digunakan, jika yang menulis tiada ikhlas.

Di surau saya, sewaktu berbuka tadi kami ternanti-nanti hidangan iftar daripada jemaah yang mendakwa dirinya sebagai “hamba Allah”. Sedangkan, setiap hari, nama Hamba Allah itu terpamer di papan putih di pintu masuk surau. Ya, sehingga azan berkumandang, hamba-hamba Allah yang ikhlas menunggu iftar, merasa betapa nikmatnya sebiji kurma dan segelas teh susu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s