KITA PENCARI TUHAN

RAHMAT RAMADAN  rupanya tidak mengendurkan seketika siri bobrok emosional antara Malaysia dengan Indonesia. Sentimen politik luar negara yang sentiasa diapi-apikan itu tidak menghalang minat saya kepada sinetron “Para Pencari Tuhan” yang sedang disiarkan oleh ASTRO setiap petang dan ulangannya di sebelah malam.

Saya kira, sinetron “Para Pencari Tuhan” (Sudah masuk siri keempat. Baca di sini) sebuah karya Islami yang ditukangi dengan begitu baik oleh penulis skripnya Wahyu HS (“Lorong Waktu”, “Demi Masa”) dan diarahkan oleh Deddy Mizwar dan Kiki ZKR.

Sebagai penulis, saya kira “Para Pencari Tuhan” ‘isi’nya lebih indah daripada sinema “Ayat-ayat Cinta” dan ia wajar menjadi panduan kepada para penulis yang mahu mentelaah sisi-sisi karya Islam yang terkeluar daripada tema cinta muda-mudi yang ‘dislamikan’ oleh para pengkaryanya.

“Para Pencari Tuhan” walaupun bukan sebuah novel, namun sangat baik ditonton dan wajar menjadi panduan kepada penulis. Jemput membaca sinopsis “Para Pencari Tuhan” di sini. – al-Kurauwi

5 thoughts on “KITA PENCARI TUHAN

  1. salam,
    Sungguh berkat Ramadhan dan “percutian bulan madu” yang telah Allah rencanakan telah memurahkan rezeki saya dalam mengikuti sinetron ini.Bagi saya drama ini ada “persoalan” dan ada “jawapan” yang mengandunngi unsur tasawwuf, akidah dan juga merungkai persoalan fikh. ianya amat berjaya dan hebatnya di persembahkan dalam bentuk hiburan yang mencuit hati.sangat bercita-cita malah mencemburui sekiranya ada pengiat seni tanahair yang menghasilkan drama seperti ini dan mampu menengelamkan kisah-kisah tahyul dan mensyirikkan. Wallahualam.

  2. Puan Hazlina,
    Moga Tuhan memberikan kesihatan. Setiap yang berlaku pastilah ada hikmahnya. Kita merancang Tuhan juga merancang.

    Tahniah kerana sudah jadi pengkritik dan pemikir yang baik. Harus ada blog yang baik selepas ini untuk menuangkan segala fikiran yang baik.

  3. salam yaa ustaz..walaupun ketinggalan bas, cuma saya ingin berkongsi sedikit dgn cerita ini PARA PENCARI TUHAN, cerita ini benar2 menyentuh kalbu saya ..tentang PENCARIAN JALAN MENUJU ALLAH…walaupun jalan berlainan tetapi matlamatnya tetap sama ALLAH yang di cari…betul kata ustaz tahniah dedy mizwar selamat pulang kepangkal jalan…sekarang nie saya tengah layan para pencari tuhan siri 4 … di youtube…

    syukran jazilan

  4. Azumaya,
    Masih belum ketinggalan sepenuhnya. Apatah lagi jika sedang mencari Tuhan. Kadang-kadang pelari terkebelakang boleh memotong di saat terakhir.

  5. Woah the following weblog is extremely good i adore reading your content. Be up the great work! You already know, a lot of men and women are generally tracking rounded with this data, you can assistance all of them significantly.. Visit Web Page

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s