TRANSFORMASI MASJID

Fungsi dan peranan masjid yang diperluaskan kepada pusat kebudayaan menerima suntikan baru apabila teater pula dipentaskan di institusi berkenaan yang bukan hanya di perkarangan, bahkan di ruang solat sendiri.

Pengasas Teater Elit, Che Shamsuddin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman berkata, pemilihan masjid sebagai ‘pentas’ teaternya, Menunggu Kata Dari Tuhan, dibuat ekoran jemputan Masjid Batu di Permatang Pauh untuk mementaskan teater karya dan arahannya itu.

“Memang asalnya saya tidak terfikir untuk mempersembahkannya dalam masjid, tetapi jemputan pengerusi jawatankuasa masjidnya itu membuka ruang kepada pementasan teater yang pada pengetahuan saya kali pertama diadakan di masjid.

“Sebelum atau ketika pementasan, kami tidak menerima sebarang rungutan daripada jemaah kalau-kalau ia mengganggu mereka, manakala pihak masjid sendiri pun sudah mendapatkan nasihat mufti,” katanya kepada Sastera melalui telefon. Bagaimanapun, Dinsman berkata, penggunaan biola untuk muzik dalam pementasan teater yang dilakonkan oleh Sabri Yunus dan muzik oleh Sani Sudin itu diubah kepada gendang atas nasihat mufti negeri berkenaan.

“Selepas berita pementasan teater itu disiarkan di akhbar, pihak jawatankuasa masjid berminat untuk membawa Menunggu Kata Dari Tuhan ke masjid mereka sehingga kita sudah berkeliling ke merata tempat.

“Antaranya ialah Masjid Jamek Al-Amaniah di Batu Caves; Surau Sekolah Agama Menengah Rawang; perkarangan Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai dan Masjid An-Nur di Bandar Baru Bangi,” katanya yang terkenal dengan teater absurd seperti Bukan Bunuh Diri dan Protes.
Di Masjid An-Nur, beliau berkata, alat muzik diubah kembali kepada biola seperti skrip asalnya apabila jawatankuasa masjid itu merujuk hal berkenaan kepada ulama seperti Datuk Dr Harun Din yang membolehkan penggunaan biola, sekali gus menjadikannya sebagai pertama kali digunakan di dalam masjid.

“Baru-baru ini juga kita mementaskan Menunggu Kata Dari Tuhan di surau di Taman Nirwana, Ampang yang turut menggunakan biola dan jawatankuasa masjid awal-awal lagi sudah menampalkan petikan hukum fiqh membabitkan penggunaan alat muzik bagi membolehkan jemaah mengetahui hukum yang sebenar.

“Setakat ini kami hanya mementaskan Menunggu Kata Dari Tuhan dan memang ada cadangan supaya memperbanyakkan lagi kisah sahabat yang diangkat sebagai teater,” katanya.

Teater Menunggu Kata Dari Tuhan menyorot kegelisahan sahabat Rasulullah, Kaab bin Malek yang berasa bersalah apabila cuai dan melambat-lambatkan pemergiannya untuk menyertai perang Tabuk sehingga beliau tertinggal di Madinah, sekali gus ia berkisar mengenai tekanan hebat yang dihadapi Kaab untuk menanti pengampunan dari Allah.

Berita Harian
7 September 2010

4 thoughts on “TRANSFORMASI MASJID

  1. salam.. bagus ni.. perbanyakkan lagi peranan masjid barulah padan dengan kos pembinaannya yang menelan berjuta2 malah berbillion pun ada.. barulah tidak ada pembaziran..

  2. Betul tu Ummu, Kita lebih bimbangkant fizikal masjid sedangkan ‘perut’nya kelaparan, merintih mahu diisi.

  3. salam ustaz..tahniah atas komentar yang bernas ..cuma nak cakap aje ingat prof fauzi deraman ana punya prof..masa study kat um dulu..rupanya orang lain pelanduk 2 serupa yea….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s