BAHASA DI KENING BULAN

SETELAH lama bertapa di kemuncak menara, kini kembali menghela udara nyaman di tebing rumput. Dahulu, hanya memandang dari jauh Program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) diuruskan oleh Panglima-panglima Bahasa. Kini, turut sama menyenteng baju, menyeka peluh sambil memencak keris. Sesudah memahat restu di Ipoh, petang tadi di Putrajaya kemudian akan ke Negeri Sembilan menyemarakkan bahasa di kening bulan. 

Kepada para imam dan khatib, esok 8 Oktober 2010 dan sepanjang bulan Oktober ini, tuan-tuan dijemput membaca Teks Khutbah Jumaat yang ditulis khusus sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 bertajuk “Bahasa Wahana Perpaduan Negara” atau boleh dilayari melalui Khutbah On-Line di laman sesawang JAKIM. Dirgahayu bahasaku! – al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s