BBK 2010 DI N9

PETANG INI, 12 Oktober – sesudah lama bertukang – Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Negeri Sembilan akan dilancarkan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut bagi aktiviti-aktiviti di negeri masing-masing boleh layari di sini. Tujuh aktiviti kebahasaan yang telah disusun khusus di Negeri Sembilan.
1. Siri Ceramah Jambatan Ilmu: Rakan Kamus, 18 Oktober 2010 di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar, Seremban.
2. Pidato Antara Jabatan Di Negeri Sembilan, 20 Oktober 2010 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
3. Kenduri Bahasa, 23 Oktober 2010 di Inap Desa Kampung Lonek, Jempol, Negeri Sembilan.
4. Siri Ceramah Jambatan Ilmu: Istilah, 26 Oktober 2010, Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang, Jelebu.
5. Jejak Maklumat, 27 Oktober 2010 di Perpustakaan Awam Daerah Jelebu.
6. Pertandingan Pantun Peringkat Sekolah Menengah Daerah Jempol, 28 Oktober 2010 di Perpustakaan Awam Daerah Jempol.
7. Bahasa Di Radio, 7-31 Oktober 2010 di RTM Negeri Sembilan.

6 thoughts on “BBK 2010 DI N9

  1. Ustaz Azman,
    Tahniah atas usaha gigih buat Ustaz dan kumpulan yang menjayakan BBK 2010 Peringkat Negeri Sembilan. Banyak juga program di Negeri Sembilan yang menyemarakkan BBK 2010 kali ini.

  2. Tuan Rusdi,
    Kalau berkesempatan jemput ke Kenduri Bahasa di Kampung Lonek, 23 Oktober 2010 ini.

  3. salam yaa ustaz.. apa maksud kenduri bahasa itu, saya respeklah ustaz walaupun ustaz mengambil ijazah bahasa arab, tetapi bahasa melayu ustaz memang first class. bagaimanakan cara-cara utk saya dapat menulis bahasa malaysia dengan begitu cantik sekali, selain daripada banyak membaca buku sastera adakah cara lain untuk mengasah minda bahasa saya…

  4. Salam Azumaya,
    Kenduri Bahasa itu, kenduri ‘tumbang’ lembu secara gotong royong kemudian sambil itu diikuti dengan pelbagai aktiviti kebahasaan; kuiz bahasa, roda kata, sahibba, dan lain-lain. Memang menarik.

    Berhubung dengan bahasa yang indah, selain banyak membaca, Azumaya kena rajin mencatat. Boleh kumpul kata-kata itu dan susun dalam blog. Selain itu kena ada buku rujukan seperti kamus, daftar kata, tesaurus dan lain-lain. Kalau berkesempatan ikuti kursus-kursus bahasa. Insya-Allah akan membantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s