MENULIS TANPA TANGAN?

USAI SUBUH tadi, saya dimotivasikan oleh seorang lelaki di kaca televisyen. Nama beliau ialah Nick Vujicic yang menyeberangi sebuah tasik tanpa tangan dan kaki! Beliau telah ditakdirkan Tuhan lahir tanpa tangan dan kaki. Doktor sendiri tidak dapat memberikan jawapan, mengapa. Menariknya, hanya berbekalkan sirip skuba beliau menguak air tasik secara menelentang. Bayangkan, seorang lelaki tanpa tangan untuk memegang, tanpa jari untuk menyentuh dan tanpa kaki untuk menapak tentulah terasa dunia ini terlalu sempit. Tetapi tidak bagi lelaki luar biasa ini! Segala urusan di rumah dan di pejabat, beliau laksanakan sendiri tanpa bantuan orang lain.

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan; “Bagaimana mahu menulis?” Secara seloroh saya menjawab; “Tulislah dengan tangan!” Mereka tersengih disindir. Pembaca yang membeli novel-novel saya kemudian meminta menurunkan tanda tangan, tentu biasa membaca tulisan saya dengan kata-kata; “Andai menulis, tulislah dengan hati. Agar dari hati turunnya juga ke hati!”.  Ya, pada hemat saya, Nick Vujicic berjaya merentasi tasik bukan dengan tangan dan kakinya, tetapi dengan hatinya. Begitu juga dengan kita. Andai kita menulis dengan hati, kita sebenarnya tidak memerlukan tangan. Di mana ada kemahuan, bukan? – al-Kurauwi

4 thoughts on “MENULIS TANPA TANGAN?

  1. salam yaa ustaz setiap kejadian pasti ada hikmahnya..allah maha berkuasa berlaku atas kehendakNYA..kun faa ya kun……. ya allah berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan saki baki kehidupan ku dia atas muka bumiMU dgn rahmatMU dan keredhaanMU…AMENNNNN

  2. Salam Azumaya,
    Betul tu. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Jangan jadikan ‘kejadian’ itu untuk terus merasa diri kurang atau lemah. Di sebalik kelemahan sebenarnya ada keistimewaan yang harus dicari potensi.

  3. Salam Tuan Haji Azman: Saya bersetuju sangat mengenai menulis dengan hati itu. Jadi saya tidak sendirian yang meyakini ini sejak dulu. Sayang tidak bisa berlamaan bermuzakarah dengan Tuan Haji.
    Wassalam.

    MARSLI N.O

  4. Tuan Marsli N.O. yang mulia,
    Kalau Tuhan izinkan pertemuan, insya-Allah kita akan bermuzakarah panjang. Ah, bukankah kita satu negeri🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s