KISAH MARHAEN KACAK DAN TULISAN JAWI

PAGI ini saya dapat e-mel daripada seorang pegawai DBP di Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu tentang komentar blogger; Marhaen Kacak : Unit Pemuliharaan Tulisan Jawi: Dewan Bahasa dan Pustaka Lepas Tangan. Barangkali disebabkan perkataan PULIHARA, maka pegawai tersebut menerima e-mel. Tekaan saya, kalau tajuknya: Unit Pembinaan dan Pengembangan Tulisan Jawi: Dewan Bahasa dan Pustaka Lepas Tangan, e-mel itu akan terus sampai kepada saya.

Isu yang besar bukan pulihara atau ‘pelihara’. Ada dua isu yang ditimbulkan oleh blogger, Marhaen Kacak, pertama karenah birokrasi “Bangau Oh Bangau” di jabatan kerajaan (Terkilan kerana isu yang sudah penat diperkata orang, namun kita sendiri masih tidak cakna). Keduanya ialah isu memartabatkan tulisan Jawi dan upaya penanggungjawaban oleh DBP sendiri. Saya tidak mahu mengulas hal ini, tetapi pada masa yang sama kagum dengan ‘semangat’ cinta Jawi Marhaen Kacak, walaupun bahasa dan tulisannya kelam kabut. Ini yang dikatakan bahasa tidak semestinya melambangkan bangsa🙂 Jemputlah baca sendiri. Bahasa dan tulisan tidak dipertanggungjawabkan oleh pengendali blog. Cerita tentang gambar boleh baca di sini.

Unit Pemuliharaan Tulisan Jawi : Dewan Bahasa Dan Pustaka Lepas Tangan????
Monday, November 8, 2010
By Marhaen Kacak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera yo! diharap sume kawan2 sihat hendaknya di samping keluarga tersayang..cewah! mcm surat2 zaman mak bapak kite dulu lak intro aku nih…hihi… orait…. Dalam entry kali ni aku nak sentuh sket pasal pengalaman aku pada minggu lepas di mana aku telah berurusan dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka atau nama manjanya DBP….

Tujuan aku nak ke DPB ni pasal aku nak menconfirm style ejaan VISION CARE OPTOMETRY iaitu nama premis tempat aku bekerja ni di dalam Tulisan Jawi. Untuk pengetahuan korang, tulisan jawi untuk nama kedai aku ni aku nak letak kat banner dan bunting promosi jualan akhir tahun untuk pusat optometry aku
ni…. Tujuan aku nak letak tulisan jawi ni adalah untuk menampakkan imej ‘kedai bumiputera islam’ yg sememangnya tak banyak di Kuala Lumpur ni….huhu.. Sesampainya di lobi bangunan DBP, aku pun bertanya lah kat receptionist……

“encik…. saya nak buat rujukan pasal tulisan jawi…. nak confirmkan tulisan jawi pada sepanduk n gegantung saya….kat mana sy boleh berurusan??” Jawap en receptionist dengan penuh tidak yakin…..

“ermmm..ermmm…. encik boleh cuba naik tingkat 25… rasenye diorg leh bantu” So aku pun dengan gagah n semangat nya terus memicit butang lif n memacu ke
tingkat 25…… dah sampai tingkat 25 plak aku pun bertanya kat petugas kat situ merangkap
awek yang agak cun jugak…heheh….”dik….boleh x sy berjumpa pegawai yang boleh lakukan penyemakan terhadap ejaan jawi saya??”

awek yg cun tu pun mula blur….

“ermmmm..ermmmm….. kat sini bahagian promosi encik, kalau nak sahkan ejaan melayu rumi untuk kegunaan komersial memang kene jumpa sini, tapi kalau nak semak ejaan jawi saya tak pasti la…. cuba encik turun ke tingkat 18…..bahagian sastera……maybe diorg leh tolong kot……”aku pun meminta diri dari situ tanpa meminta no fon awek tersebut…….. terus aku bergegas ke tingkat 18 lak….zassss sampai kat  tingkat 18, aku tenguk memang betul la tertera bahagian sastera melayu…. aku pikir mesti orang kat sini boleh menyemak tulisan jawi aku ni….. maklumla… kalau ayat atau frasa dalam Bahasa Melayu mmg aku reti nak translate sendiri… tapi kalau frasa dalam English aku jadi konfius sket…Aku pun bertanya kat kerani si unit tersebut…. jawapannya sama seperti awek cun sebelum ni…. bezanya…. petugas unit sastera DBP yg menjawab soklan aku ni seorang yang berumur pertengahan…. nampaknya lagi sekali aku telah pergi kat tempat yang salah….adesss…. Aku pun bertanya…..”kak…. kat DBP mmg takde unit khas untuk urusan2 berkenaan tulisan jawi ker???”Akak yang sebenarnya adalah seorang makcik tu pun menjawab….”rase akak memang takde unit jawi dah kat DBP ni…. Unit ni dah lama bubar…. tapi takpe dik, Adik boleh pegi kat tingkat 8 n berjumpa dengan Ustaz Wan Saufi….Dia ni confirm leh tolong adik…”

Selepas mengucapkan terima kasih kat akak tersebut, aku pun dengan segeranya turun ke tingkat 8…. So orang yang aku nak jumpa selepas ni seorang Ustaz… Maybe beliau betul2 leh tolong aku….yeay! Sampai ke tingkat 8, dapatlah aku berjumpa dengan susuk tubuh yang bernama Ustaz Wan Saufi ni…. Ustaz Wan Saufi ni memang cool orangnya….. Tabik sama lu Ustaz!…. Dengan detail nya dia pun menerangkan pada aku tips2 nak menulis tulisan jawi untuk bahasa inggeris….. n hasilnya seperti gambar di bawah….VISION CARE OPTOMETRY =       

Yeay! akhirnya accomplished jugak misi aku pada hari tersebut… rupanya2, untuk bahasa inggeris, tulisan jawinya just mewakila sebutan tau fonetik perkataan sahaja n bukan mewakili huruf…. baru aku tau……huhu….  satu ilmu baru bagi aku….

Apa kejadahnya aku citer mende ni panjang2??….. korang dapat tangkap x amende yang aku nak sampaikan??

Kat sini aku nak melahirkan rasa kesal terhadap dasar pentadbiran negara kita yang sememangnya tak amik berat pun pasal tulisan jawi…. Cuba tuan2 dan puan2 pikir…. kalau kat DBP pun dah takde Jabatan atau Unit yang bertanggungjawab dalam urusan penggunaan Tulisan Jawi nih, kat mane lagi kita nak rujuk permasalahan tentang tulisan warisan berzaman kita ni?

Takkan aku nak tanya dengan apek kedai tayar kat sebelah umah aku ataupun Wak Seman yang jual tempe kat Segambut Dalam?  

Aku faham…. berapa kerat sangat lah nak berurusan tentang tulisan jawi ni macam aku…. mungkin tak berbaloi nak ade satu unit tulisan jawi di DBP semata2 nak melayan kerenah 2-3 dalam sebulan… Walaupun ada yang berfikiran macam tu, aku tetap rasa perlu ada satu unit khas untuk rujukan bagi tulisan jawi ni…. tujuan untuk diadakan kembali unit ni bukan nye ape…. bukanya nak melayan sekerat 2 kerat orang pelik mcm aku ni…..

Tujuan utama unit ni sepatutnya diwujudkan kembali adalah untuk memastikan proses pemeliharaan dan penjagaan warisan tulisan jawi ni terus berjalan….. Dah la tulisan jawi ni hampir2 telah pupus beb…. n nampaknya akan terus pupus la memandang pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, sebuah badan
yang dipertanggungjawabkan menjaga kemurnian dan survival Bahasa Melayu pun TIDAK mempunyai UNIT TULISAN JAWI nya sendiri..!!!!!

Maybe ramai yang anggap isu yang aku nak bangkitkan ni remeh temeh ja…terpulangla kepada korang…. Korang renungla dan telek2 lah anak bangsa kita sekarang yang semakin jauh dari AL QURAN… Asas pembelajaran al-quran untuk orang melayu kita adalah bermula dengan pembelajaran TULISAN JAWI
sejak dari kecik lagi…. Bila tulisan jawi sudah diajarkan sejak kecik lagi, proses pembelajaran al-quran seterusnya tidak menjadi begitu payah lagi…..

Setelah 40 tahun pembelajaran tulisan jawi dimansuhkan dari kurikulu sekolah2 kerajaan, nampaknya lebih kurang separuh dari anak muda kita sudah BUTA JAWI dan BUTA AL-QURAN… Jika buta al-quran, amatlah susah bagi kita nak menghayati pengajaran2 dalam agama islam itu sendiri apatah lagi mengamalkan dengan hati yang ikhlas…??? n akibat jangka masa panjangnya korang boley la fikir sendiri…. tapi nasi sudah menjadi bubur….

Aku faham di sini, pijak DBP jugak saban tahun ada mengadakan pebagai karnival atau pameran untuk menggalakkan minat generasi baru dan lama terhadap tulisan jawi…. Ini sememangnya amat2 lah aku galakkan… Walaupun begitu, ketiadaan UNIT JAWI yg khusus di DPB membuat aku merasa sedikit
kecewa… Diharapkan ulasan aku yang tidak seberapa ini dijadikan sebagai komentar dari rakyat marhaen yang prihatin terhadap warisan bangsanya sendiri….

adios..

4 thoughts on “KISAH MARHAEN KACAK DAN TULISAN JAWI

  1. Membandingkan dengan Rumi:
    1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
    Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17×2= 34 bentuk berdiri sendiri.
    Huruf Arab + 6 Jawi – titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
    Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
    http://www.arabictypography.com/ani1.html
    2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
    Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi

    Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
    Semakin Terancam?! Semarak Jawi:
    http://typophile.com/node/74436

  2. Assalaamu’alaikum Ustaz

    Salam kenal di blog walau sudah kenal semasa kursus Munsyi Dewan (Tulisan Jawi) di ILIM yang lalu. Terima kasih atas ilmu yang disampaikan. Insya Allah akan berusaha membantu DBP untuk mengembangluas tulisan Jawi di Malaysia.

    Menurut saya, luahan hari Marhean Kacak tersebut harus diambil berat oleh pihak DBP sebagai satu cabaran terhadap pengurusan yang ada. Secara positif dan terbuka, harus mengakui kelemahan dalam pengurusan kaunter hadapan yang sepatutnya tahu setiap unit yang ada di DBP apabila orang luar datang bertanya, tidaklah nanti akan berlaku seperti permainan ‘snow ball’ yang terpaksa bertanya ke sana sini baru sampai ke tempat yang betul.

    Sepatutnya di bahagian paling hadapan sebelum masuk pintu lif, papan tanda pemberitahuan dengan penyambut tetamu sudah memaklumi bahagian tersebut. Mohon diberi perhatian kerana sepertinya ada kekeliruan yang timbul hasil dari keluan Marhean Kacak tersebut.

    Harapan saya kepada Marhean kacak, sebaiknya anda menulis dengan bahasa yang sempurna kerana bahasa jiwa bangsa. menarik macam mana sekalipun tulisan dan keluhan anda, jika tidak ditulis menggunakan bahasa yang baik, akan merosakkan kebaikan tujuan yang ingin anda maklumkan.

    Terima kasih ustaz. Tahniah atas komitmen yang diberi selama ini dalam memartabatkan tulisan Jawi di persada bumi Malaysia. Semoga sukses hendaknya.

    Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

  3. Wa’alaikum salam, Kekanda Siti Fatimah,
    Terima kasih atas kunjungan ke blog kecil ini. Ziarah juga ke blog Kekanda, tetapi tidak pula menyapa🙂.

    “Sepatutnya di bahagian paling hadapan sebelum masuk pintu lif, papan tanda pemberitahuan dengan penyambut tetamu sudah memaklumi bahagian tersebut.”

    Untuk makluman Kekanda Siti Fatimah,
    Pemakluman “Khidmat Nasihat Bahasa” sudah dipamerkan di muka pintu DBP, sebaik sahaja pengunjung mendaftar pas pelawat.

    Kekurangan tetap kekurangan, adinda akui (mewakili DBP). Asbabnya, Marhaen Kacak sudah berada di tingkat yang betul (tingkat 25). Walau bagaimanapun, beliau berada pada masa yang salah dan bertemu pula dengan orang yang salah. Sikap yang salah itu tetap salah kerana tidak peka terhadap ‘kehendak’ Marhaen Kacak’.

    Kekurangan ini diharap tidak melemahkan semangat kita menyemarakkan tulisan Jawi. Bahkan wajar menjadi batu loncatan.

    adinda
    al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s