MALAS MASUK SYURGA

SEBAK DAN KAGUM bercampur-campur apabila membaca akhbar lewat pagi ini tentang Masjid Kecil di Tundra di Inuvik,  Wilayah Barat Laut Kanada. Oleh sebab tanahnya tundra; kawasan tanah pamah yang luas, sejuk, tidak ditumbuhi pokok dan terletak di bahagian paling utara, sebuah masjid pasang siap terpaksa didatangkan khas.

Masjid ini menempuh perjalanan sejauh 4,000 kilometer menggunakan trak melalui jalan berliku-liku merentasi padang rumput dan hutan di barat Kanada kemudian melalui Sungai Hay di pinggir Great Slave Lake. Dari situ, masjid berkenaan dibawa dengan kapal khas mengikut Sungai McKenzie hingga sampai ke Inuvik yang terletak kira-kira 200 kilometer dari utara kawasan lingkaran kutub Artik.

Ya Rabb, sangat mengecewakan apabila, nikmat masjid dan surau di hadapan mata, tidak jatuh ‘pesona’nya ke hati kita. Di Inuvik, jumlah penduduk Islamnya tidak ramai. Tetapi disebabkan pesona iman, jemaahnya telah meningkatkan kepada 80 orang sejak beberapa tahun lalu. Jumlah yang semakin bertambah, tidak memungkinkan mereka bersolat jemaah dalam sebuah karavan sebesar 3 x 7 meter sebelum pembinaan masjid baharu.

Di surau saya yang besar-besar itu, sebesar saiz pintunya, jumlah jemaah sesudah Ramadan tersangatlah kecil. Yang rajin datang ke surau, biarpun azan berkumandang, biarpun awal datang ke surau, masih ramai jemaah yang berbual-bual sambil menghisap rokok. Malah sesudah imam menyempurnakan al-Fatihah masih berlengah-lengah berwuduk. Kemudian tergopoh-gapah berlari mendapatkan imam yang rukuk! Seolah-olah tidak ada sikap untuk ‘bersegera’ untuk mendapatkan takbiratulihram di rakaat pertama bersama-sama dengan imam.  

Barangkali kita bukan Abu Umamah Al-Bahiliy. Apa kata Abu Umamah al-Bahiliy saat dipujuk oleh Rasulullah SAW setelah kehilangan 400 ekor unta dan 40 orang hamba. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah keluputan takbiratulihram itu padaku lebih besar daripada kehilangan semua harta ini. Bahkan lebih besar daripada kehilangan unta sepenuh bumi!” 

Tuhan, di manakah letaknya saf saya dalam kalangan sahabat-sahabat kekasih-Mu itu! Saya membayangkan sikap kita (termasuk saya) seolah-olah sudah berada di pintu syurga, tetapi malu alah, bermalas-malas masuk syurga. Sedangkan syurga sudah di hadapan mata!

sumber berita dan gambar: Utusan Malaysia; Little Mosque on the Highway; Mosque arrives in Inuvik!

Advertisements

2 thoughts on “MALAS MASUK SYURGA

  1. hendak di katakan apa, asal usulnya dari rumah, ibu dan bapa nya menggalas tanggungjawab melakar sikap anak anak dari bayi sampai ke dewasa jadi remaja harapan bangsa

    kecik kecik di tatih berjalan, sudah remaja patut di canang canangkan kehidupan islam tapi yang jadi kehilangan bimbingan dari rebung lagi

    sekarang lihat lah sendiri masyarakat yang patut patut menjadi umat taat tapi yang ranun adalah yang liat ke surau apalagi ke masjid

    mununding satu jari ke penguasa namun tiga jari lagi menghala ke kita, kita lah puncanya

  2. Puan Seri-Serodja,
    Ya, jari lurus, kelingking berkait. Ya, selamanya jari tetap lurus dan kelingking tetap berkait. Dan Tuhan tetap akan bertanya usaha, ikhtiar kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s