KORBAN DI RENONG TAKDIR

CERPEN Korban di Renong Takdir sebuah interpertasi terhadap kisah Natrah. Saya membayangkan jika Natrah tidak ke Singapura dan Che Aminah pula membatalkan hasratnya. Cerpen ini kebetulan berasosiasi dengan pandangan Saudara Ku Seman Ku Hussain yang menulis sebuah artikel dalam akhbar yang sama “Kejujuran Erma, Kegagalan Natrah”. Ada beberapa sudut yang menarik apabila beliau mengulas polemik antara Erma Fatima dengan Datin Fatini terhadap pementasan Natrah 2 :

1. Apabila sebuah sejarah dibawa dalam karya kreatif, ia bukan lagi sejarah. Sejarah tidak boleh dipentaskan tetapi wajar diberi interpertasi.

2. Sebuah karya kreatif yang mengadaptasi sejarah dan kelihatan sebagai buku sejarah adalah karya yang gagal.

3. Memberikan interpertasi baharu bukanlah memusuhi sejarah, jauh sekali memusuhi Islam.

6 thoughts on “KORBAN DI RENONG TAKDIR

  1. Salam Tuan Kholid,
    Tuan memberikan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu yang belum pasti. Berserah sahaja kpd Tuhan. Dia Maha Pemberi.🙂

  2. Salam,

    Ustaz, tahniah🙂

    Sudah lama berkasih-kasihan dengan “Punya Cinta Ramadan”. Baru nak jatuh hati pada “Insyirah”. Rupa-rupanya Insyirah “prekuel”…
    Ustaz punya gaya tersendiri untuk menyampaikan ilmu Islam dalam karya. Bergantung kepada khalayak, ada masanya kita tak perlu nak capai gagasan besar-besar dalam karya, tak perlu nak bincang isu besar-besar, tak perlu nak bincang teori dan ideologi sedangkan jawapan permasalahan ada dalam amali dan praktis alternatif.

    Ustaz kini punya penikmat karya setia🙂
    Nak dapatkan karya-karya Ustaz yang lain pula, insyaAllah🙂

    Wassalam.

  3. Alhamdulillah, syukur.
    Terima kasih kanda S.K. kerana mengulit “Punya Cinta Ramadan”. Terima kasih kerana bercinta dengan “Insyirah”. Ayuh kanda, mari berbicara tentang “Takdir” Natrah dalam novel adinda yang baharu nanti “Namaku Bukan Maria”. Moga tersingkap cinta kita kepada Tuhan yang mempertemukan iman!

  4. Assalamualaikum, kanda ustaz.

    Alhamdulillah, banyak yang tersurat dan tersirat di balik setiap aksara yang dilakarkan. Ana banyak belajar daripada kanda ustaz, walaupun bukan secara bertalaqi, tulisan-tulisan kanda cukup meninggalkan bekas di hati sama ada bagi keilmuan ukhrawi mahupun keilmuan sasterawi.

    Jazakumullahu khairan jazak.

  5. Adinda Zahiruddin yang jauh di mata,
    Penulis ialah pemerhati. Setiap kata-katanya bukan sekadar kalam berjela, tetapi ada asbabnya. Penulis itu pemikir. Moga Tuhan lapangkan dada, luaskan mata, cerahkan akal fikir kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s