MENAWAF CINTA DI RANAH KAABAH

Siang yang panas
busurnya menyilau keras
mengitar cinta yang mengekor langkah
sepasang kaki mengatih zikrullah
hati diasak-asak sebuah hidayah
mengapung di ranah kaabah
saat matahari meninggi
peluh menitik ke kaki
silu air mata kering mengelar pipi.

Sekali ini wahai pemilik Kaabah,
izinkan kakiku melangkah
di tujuh pusingan tawaf
menakluk sebuah maaf
setelah telapak kasar tersesat
keras lumpur dan tebal debu maksiat
di tikungan jiwa yang berselirat.

– Puisi Penuh di Tunas Cipta, November 2010 – al-Kurauwi

2 thoughts on “MENAWAF CINTA DI RANAH KAABAH

  1. Assalamualaikum, tahniah kanda ustaz.

    Alhamdulillah juga puisi sulung ana bergandingan bersama puisi ustaz ini dalan TC. Semoga terus dapat menumpang berkat ustaz.

    Maassalamah.

  2. Wa’alaikum salam Adinda Zahiruddin,
    Adinda tidak menumpang, sebenarnya adinda’menunggang’ berkat kebolehan diri sendiri. Jemput membaca Tunas Cipta Disember 2010, kata editor, puisi adinda diulas dengan ‘positif’ sekali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s