HSKU: 10 PUISI TERBAIK

SAYA bukan seorang penulis puisi; Maksud saya, penulis yang mampu meletakkan pena magis di dada kertas kemudian dengan serta-merta tumbuh buah-buah puisi yang indah. Masih bertatih-tatih mencari rentak, teraba-raba mencari isi, teragak-agak mengacu rima. Bagi saya, penulis itu pemikir. Penulis yang baik harus mencabar diri menulis puisi-puisi yang terbaik. Setelah puas menyelongkar, saya lampirkan 10 puisi terbaik yang boleh dicapai menerusi laman maya. Mari sama-sama kita belajar. Merujuk, membaca dan memahami itu bukan kepalang pandai! Puisi-puisi ini ialah himpunan pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2006-2009.

1. Aroma oleh S.M. Zakir

Ketika kau melalui lorong ini
kau akan tercium aroma yang
tak mungkin dapat kau lupakan

 2. Sekeping Lukisan di Kaki Lima  oleh  Mohamad Saleeh Rahamad

Sewaktu hujan mengguyur
di kaki lima kota Bandung
sekeping lukisan merekah dan menggigil

3.  Sepotong Cinta Di Dunia Angin oleh S.M. Zakir

Ada sepotong cintaku yang terlekat pada angin
dari perjalanan jauh yang menjejak terik matahari
dengan lagu-lagu dari sawah dan jalan yang berdebu

4. Sang Semut – Fahd Razy

Apa khabar sebening nurani
yang telah kuladangi dulu- aku masih
seekor serangga yang kembali
memanjat ranting diri

5. Menggeledah Nurani oleh Fahd Razy

Kukecaikan balang malam
menjadi kaca sunyi
yang menghiris nurani
tatkala cedera muhasabah yang pedih dan
amalanku yang terserpih

6. Suriku, Di Sejadah Ini Aku Sujud oleh Ikram Abdullah

Mari suriku, tataplah
arca kembara kita di padang masa
dengan masa yang dimatangkan pengalaman
cuba kita bingkaikannya dengan indah kedewasaan

7. Bumi Kudup Kami Bernyanyi oleh Ahmad Kamal Abdullah

Jauhkan diri, jatuhkan butir-butir mimpi
bumi kudup kami bernyanyi-nyanyi. Hampa
tiada dalam kamus hati, yang ada
gemerlapan sinar vertikal hakiki

8. Syarah Sejarah I oleh Muhammad Lutfi Ishak

Para namrud
mustahil berkongsi kuasa,
seperti mereka enggan berkongsi
mahligai, tanah dan emas.
Mereka hanya berkongsi anggur dan melagakan piala

 
9 Al-Andalus Menangis oleh Fahd Razy
Andalus,
seribu musim kau merawat parah di ruang kendiri
saat laung istighfar Alhambra menjagakan marga langit
dengan seribu sengsara dan pada detik berdarah itu
kiblat yang dicabut dari ladang ibadat ini
adalah kerebahan yang tidak tertebuspun oleh
sebungkus doa kita yang renyuk.
 
10. Puisi Buat Umaira di Narathiwat oleh Wadi Leta S.A.

Kutemui Umaira di Narathiwat
wajahnya manis tetapi pucat
dia menyembunyikan dukanya yang berat
di sebalik tudungnya yang berwarna gelap 

3 thoughts on “HSKU: 10 PUISI TERBAIK

  1. Salam dinda Zahiruddin,
    Ya, sudah membacanya. Antara petikan yang menarik:

    “Tentu saja tidak ada “realisme magis Islami”, malah sebarang percubaan untuk menulis tentang perkara-perkara ghaib begini “diharamkan” oleh Islam (kita tidak perlu apologetik untuk mengelak daripada menyebut istilah ini)”

    Kekanda juga tidak pernah keliru akan sosok ‘realisme magis’ itu – sementelah turut berguru tentang Persuratan Baru dengan guru yang sama – juga tidak pernah menyebut secara maknawi hanya sekadar harfi, apa yang saya tulis begini:

    “…Cerpen “Agresi di Genting Sakarat” dan cerpen “Blogger Kecil Dari Syurga” ialah fiksyen Realisme Magis Islami – kalau boleh saya gunakan istilah ini -….”

    Dengan lain perkataan, saya hanya mahu menyebut secara harfinya bahawa ‘realisme’ itu ialah cerita yang asal-usulnya real, benar dan nyata, bukan reka-reka. ‘Magis’ itu ialah hal alam ghaib, akhirat yang terkandung dalam rukun iman.

    Maka cerita-cerita tentang syurga dan neraka, pahala dan dosa, malaikat, jin ialah cerita tentang ilmu ‘ghaibiyat’ yang benar. Ia bukan kisah Israeliyat dongengan. Ya, ia tiada kaitan dengan ‘Realisme Magis’ yang haram dan sesat itu.

    Nah, saya penuh sedar untuk tidak menamakan ‘Realisme Magis’ yang haram dan sesat itu, Islami. Kata Tuan Faisal, Ia sama seperti menamakan judi itu Islami.

    Istilah ‘realisme magis’ yang saya kehendaki, tak sama macam ‘Realisme Magis’ mereka. Saya hanya mengacu pada bahasanya🙂

    Lakum dinukum waliyadin.
    Wallahu A’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s