NAMAKU BUKAN MARIA

SESUDAH Punya Cinta Ramadan, Januari 2010 yang lalu, kini “Namaku Bukan Maria” pula menjengah. Masih dengan PTS Litera – Mengapa? Biar Tuhan sahaja yang tahu.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur ya Allah kerana Engkau Tuhan yang Maha Pemudah. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah atas segala kekhilafan, moga jauh daripada segala kekurangan.

Terima kasih kepada PTS Litera, editor perolehan Cik Faiizah yang tabah, Puan Asma Fadila yang sabar dengan karenah. Terima kasih kepada SN Dato’ Anwar Ridhuan yang menyangkutkan harapan, Pak Latip Talib yang memberi sokongan. Novel ini hadiah kepada seluruh peminat novel fiksyen sejarah. Kata Pak Latip:

“Ibnu Ahmad al-Kurauwi seorang penulis berbakat besar. Kegigihannya menulis pastinya memeriahkan lagi dunia penulisan tanah air. Setelah Tinta Elipsis, Insyirah dan Punya Cinta Ramadan, Namaku Bukan Maria memperlihatkan kematangan Ibnu Ahmad al-Kurauwi yang masih tekal dengan nuansa Islaminya. Novel ini memugar sudut lain dan memberi citra kepada watak sejarah: Natrah.

Namaku Bukan Maria tidak lagi mengungkap kisah tragedi dan air mata. Sebaliknya menyuntik intuisi terhadap nilai iman kemudian disenyawakan dalam diri Natrah. Di tangan Ibnu Ahmad al-Kurauwi, sejarah dimuhasabahkan agar tidak hanya hidup membetuli ketentuan pada tradisi angka dan rakaman peristiwa semata. – Abdul Latip Talib, Novelis Sejarah.

10 thoughts on “NAMAKU BUKAN MARIA

  1. Salam,

    Ustaz!
    Alhamdulillah… ALF MABROUK!
    Tak sabar rasanya untuk membaca buah tangan Ustaz yang terkini!
    Tapi…
    Sabran Jameelan🙂

    Moga dapat bertemu di Pesta Buku KL tahun depan, insyaAllah :)))

    Wassalam.

  2. Salam Kanda Sharifah,
    Terima kasih atas sokongan kanda. Pertemuan dan perpisahan itu sanya qadak dan qadar Tuhan. Segalanya dalam perancangan Allah.

  3. Tahniah ustaz! Semoga karya terbaru ustaz ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Dan semoga ustaz akan sentiasa diberikan ilham untuk terus menghasilkan karya yang baik dan bermutu.

  4. Terima kasih Aida,
    Doa Aida di tahun baru ini, moga-moga dimakbulkan Tuhan. Moga Tuhan kurniakan ilham yang membuak dan kekuatan untuk terus menguak dunia penulisan ini🙂

  5. Alhamdulillah, Dinda Ren,
    Segalanya atas ketentuan Tuhan Sekalian Alam. Dia yang memberi kekuatan, Dia juga yang mencabutnya.

  6. salam, sesungguhnya tdk menyesal membeli novel ini.Susunan kata2 y indah, membuatkan sye terus membaca.Teruskan berkarya

  7. Salam Zuliani,
    Terima kasih membaca dan memberi testimonial untuk “Namaku Bukan Maria”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s