PUNYA CINTA RAMADAN TOP 30

BERASASKAN data  laporan yang disediakan oleh Tuan Zain Nassri bin Abd. Aziz, Timbalan Pengurus Jabatan Sales PTS, telah menyenaraikan Punya Cinta Ramadan dalam senarai TOP 50 Judul Kreatif Dewasa bagi tahun 2010 (1 Januari – 31 Disember 2010).

Punya Cinta Ramadan terbit 29 Januari 2010 sudah dicetak buat kali keduanya malah telah dinilai lima bintang oleh Berita Harian 3 September 2010 dengan kata kunci “Kisah Imam Moden Tapi Tetap Mengikat Syariat Islam”. Pengarang menambah:

Namun, novel setebal 243 halaman terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd berharga RM16 senaskhah ini, adalah landasan yang baik untuk memahami konsep imam yang sebenar dalam masyarakat dan peranan golongan berpendidikan Islam termasuk hafiz, selain menyentakkan pemikiran pembaca terhadap maksud pensyariatan dalam Islam. – Nazmi Yaakub, Wartawan Berita Harian.

Terima kasih kepada sidang editor PTS Litera Utama, Berita Harian, anak-anak murid yang setia, pengkritik yang bijaksana, sahabat-sahabat yang sudah dan akan membeli dan rakan-rakan yang terus menyokong Punya Cinta Ramadan selama setahun penerbitannya. Sesudah setahun, pembaca  boleh mendapat harga yang istimewa melalui belian terus menerusi e-mel azman_a@dbp.gov.my atau azmarini@yahoo.com. Selamat Tahun Baru 2011. Jemput sama-sama menyokong kelahiran novel fiksyen sejarah, Namaku Bukan Maria – al-Kurauwi

6 thoughts on “PUNYA CINTA RAMADAN TOP 30

  1. Salam Tahun Baru,
    Belum berkesempatan memiliki novel ini…harap-harap sempat beli sebelum habis…:)

  2. Selamat Tahun Baru juga untuk Nolida,
    Terima kasih atas sokongan. Mudah sahaja nak dapatkan novel ini. Apa kata, Nolida berikan alamat, nanti saya pos laju. Selamat membaca.

  3. Elok juga tu, saya pun jarang ke DBP sekarang ni. Kalau begitu, mesej no. akaun Maybank ke FB saya ye. Terima kasih daun keladi.

  4. Tuan Zahiruddin,
    Ayuh, belajar dan terus belajar. Jangan cepat kagum pada diri, berlari dan terus berlari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s