HIDAYAH BUKAN DI TANGAN

SAYA MENERIMA satu e-mel daripada seorang anak murid: ”



Assalamualaikum ustaz, saya sedih betul hari ini bila mengenangkan staf saya yang masih tidak mahu bersolat dan memedihkan lagi hati saya ialah ada yang menalifon mengatakan saya tidak habis-habis menghantar email untuk mengajak solat. Ada yang mengatakan, biar pikir dulu, biar hati ikhlas dan hati bersih dulu baru nak pergi solat. Sedihnya saya.

Jawab saya memujuk: “Jangan bersedih. (Bacalah buku La Tahzan) Sesungguhnya hidayah ni kerja Allah, bukan kerja kita. Kerja kita ialah, tidak putus asa untuk terus memberi nasihat. Balik ni, cuba baca surah Nuh (tengok sekali tafsirannya). Bayangkan Nabi Nuh, dakwah kaumnya ratusan tahun (Ada yang mengatakan: Sembilan ratus lima puluh tahun), tetapi yang menerimanya hanya beberapa orang sahaja. Akhirnya Nabi Nuh mengadu kepada Allah. (Nuh: 5-7)

Akak mengadulah kepada Allah. Pohonlah kekuatan dan kesabaran. Tuhan Maha Mendengar. Dakwah itu harus bergerak seiring dengan akhlak dan adab kita. Orang akan melihat akhlak kita sebelum mendengar dakwah. Kita tidak punya lampu Aladin untuk merubah manusia pada keesokan harinya. Tuhan tidak akan tanya, apa yang sudah terjadi? Tuhan akan tanya, apa yang sudah kita usahakan. Sesekali berbual dengan baik kepada mereka. Katakanlah: “Solat tetap wajib ditunaikan, walaupun tidak datang keikhlasan bersama-samanya. Solat tetap wajib ditunaikan walaupun hati masih tercemar dengan lumpur hitam.”

4 thoughts on “HIDAYAH BUKAN DI TANGAN

  1. JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

    8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

    11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

    12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

    MAKLUMAT LANJUT BLOG PONDOKHABIB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s