MENEMPAH NATRAH

MENANDATANGANI, membalut dan mengepos sendiri novel-novel yang ditempah oleh para pembaca lebih menguja dan menyeronokkan berbanding kerja menanti sahaja royaltinya setiap tahun. Hujah mereka: “Tugas penulis sudah selesai. Penulis kerjanya menulis. Promosi dan segala-galanya pulangkan kepada penerbit!”

Sebenarnya penulis juga ada ‘upaya’ untuk membuat kerja-kerja promosi dan menangkap pembaca setia mereka. Kepuasan bukan hanya kepada penulisan. Kepuasan hakiki apabila, hasilnya sampai kepada pembaca. Tentunya memberi motivasi tersendiri kepada penulis untuk lebih gigih berkarya. Terima kasih Tuhan, terima kasih kepada yang sudah menempah Natrah, terima kasih juga kepada yang akan menempah Natrah. Semoga segala tempahan sampai ke tangan pembaca sekalian – al-Kurauwi

Advertisements

11 thoughts on “MENEMPAH NATRAH

  1. Assalamualaikum tuan, sudilah kiranya poskan pada ana 2 buah buku
    1. Punya Cinta Ramadhan
    2. Namaku Bukan Maria

    ke alamat dibawah

    Hasbullah Mohamed
    SMK Arshad, Peti Surat 19
    89157 Kota Belud
    Sabah

    ni nombor ana 0132007536. nombor enta dah padam bersama padamnya sebuah telefon. sudilah sms sepatah ya, atau beberapa patah nombor akaun dan ongkos 🙂

    menulis.. ana menyusur perlahan-lahan insyaAllah..

  2. Waalaikum salam Tuan Hasbullah yang budiman,
    Tersangat sudi untuk mengirim:

    1. Punya Cinta Ramadhan
    2. Namaku Bukan Maria

    Pada kadar yang segera ke alamat tuan itu.
    Tuan, andai menulis, biarpun digerakkannya perlahan-lahan, namun istiqamahlah!

    Akhuka
    al-Kurauwi

  3. syukran jazilan tuan atas nasihat amat berguna dan bermakna.. inilah gunanya sahabat fillah, ana semakin kuat nak istiqamah menulis

  4. Terima kasih Salina,
    Menunggu ‘tempahan’ Salina pula selepas ini! 🙂
    Teruskan menulis.

  5. Sahabatku Hasmora,
    Punya Cinta Ramadan, Namaku Bukan Maria, sudah diuruskan penerbangannya ke Sabah pagi tadi. Semoga sampai dengan selamat. Kami mendoakan ‘buah’ pertama daripada tuan.

  6. Assalamualaikum ya ustaz…

    Sekadar menumpang tanya, apakah emel dan alamat untuk Media Penulisan masih lagi yang terkini. Tiada perubahan?

    Terima kasih yang ribuan ya ustaz…

    p/s1: Ingin menempah Namaku Bukan Maria, tak ketemu di sekitar Teluk Intan dan Ipoh tapi bajet kontanglah pula. Diharap ustaz dapat menyimpan barang satu untuk saya, insyaAllah jika diberi keizinan akan menyusullah pesanan.
    p/s2: Sudah punya akan Punya Cinta Ramadhan, tapi masih belum dilunasi. Bahasanya baik ya ustaz. Sekali baca menarik-narik saya untuk membaca yang seterusnya. Malangnya kekangan masa asbabkan saya berhenti di tengah jalan.

  7. Sahabatku, Ibnu Jamaluddin,

    1. Sebahagian besar alamat itu sudah dikemas kini terutama Majalah DBP.

    2. Tuan jangan bimbang. Lampirkan sahaja alamat tuan, nanti saya akan poskan “Namaku Bukan Maria”. Ongkosnya boleh hujung bulan setelah dimasukkan imbuhan bulanan.

    3. Terima kasih mengulit Cinta Ramadan. Jemput menulis jika punya keupayaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s