KARYA YANG DIBUNGKUSNASILEMAKKAN

Sungguh, dia bukanlah karyawan si pencari bangga,
Tinta yang tersurat bukan tersirat untuk mencipta gemilang nama.
Apatah mengharap segunung harta yang tiba-tiba tumpah laharnya,
Dia, hanya si kecil yang bertatih meluahkan rasa jiwa.

Katanya, terkadang ilham bagai menanti bulan jatuh ke riba,
Terkadang cahayanya terbit lebih sepurnama,
Adunya, tidak terbilang yang hilang tanpa sepotong bicara,
Apatah mahu sepatah menyapa,

Setelah menanti lebih sepurnama,
Tiba-tiba serangkap rasa tercoret di pojokan,
Gembirapun menjelira dan kembang tertahan-tahan,
Esoknya, saat menyuap sarapan, saat bercerita tentang harapan,
Dia terpempan.

Rupanya, karya yang sepurnama usia, sesudah meriba bulan,
Nilainya kemudian, hanya layak untuk dibungkusnasilemakkan.

al-Kurauwi

3 thoughts on “KARYA YANG DIBUNGKUSNASILEMAKKAN

  1. MAULIDUR RASUL SAW 1431: DI MASJID AL-FALAH USJ 9
    pada :
    1)
    ISNIN , 14 FEB 2011
    (11 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 6.00 PETANG

    BERSAMA
    – HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID
    – HABIB ALI ZAINAL ABIDIN AL-HAMID ,

    2)
    SELASA , 15 FEB 2011
    (12 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 3.30 PAGI
    QIYAMULLAIL
    &
    BACAAN BURDAH (oleh Kumpulan Nasyed Ahbab Mustofa)

    KAMI BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA SEKELUARGA KE MAJLIS INI …

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  2. Alhamdulillah, syukur.
    Selamat membaca, “NAmaku Bukan Maria”. Moga banyak manfaatnya dan tidak pula termasuk dalam karya yang dibungkusnasilemakkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s