RUSUH DI WAJAH

 

PENULIS yang baik – selain ada cerita dan tema yang baik – pada saya, harus bijak melukis warna wajah watak-watak yang dicipta dalam karyanya. Watak terasa hidup dan bukan ditempel-tempelkan mengikut selera atau ‘mood’ menulis. Watak antagonis ada wajah rusuh tersendiri bukan dilonggokkan sekaligus tanpa mencipta citranya di awal. Watak protagonis juga begitu dicirikan berdikit-dikit. Kata ibu guru, cirikan watak dalam satu senarai terlebih dahulu sebelum menulis. Rambutnya, tinggi, pakaian, aksesori dan juga jangan lupa wajahnya. Garis senyumnya, denyut marahnya, kedut masamnya dan barangkali tabiat semula jadinya.

Wajah Hosni (not) Mubarak ini juga punya warna rusuh yang menarik untuk dicerita. Tidaklah pandai menafsir, cuma kata orang, wajah itu melambangkan hati. Birruh, biddam yahdika ya Mesir!  – al-Kurauwi

Advertisements

4 thoughts on “RUSUH DI WAJAH

  1. salam ustaz….bak kata omputih…don’t judge a book by its cover
    tapi saya tak pandai tengok riak wajah sesorang..melambangkan ciri keperibadian sesorang… hanya orang yg berilmu seperti ustaz yang dapat melihat dgn mata hati ….

  2. Salam Azumaya,
    Benar, kalau ia sebuah buku, jangan lihat kulitnya, baca isinya. Dalam konteks Tuhan kepada manusia, kata Tuhan, “Allah tidak melihat kepada ‘suwar’ paras rupa, tetapi ‘qulub’ hati kita”

    Dalam konteks manusia sesama manusia, tak mungkin kita dapat melihat hati. Kecuali mat kapak katanya, “Ambillah kapak belahlah dada!”

  3. Ya Tuan Kholid,
    Ekspresi yang berdenyut dek memikirkan bila manuskrip siap dihantar. Macam ada pengalaman jee., 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s