MAULUD DI SERI BINTANG

 

MEMILIH antara meraikan maulud dengan golongan dewasa dan kanak-kanak, saya suka bersama dengan kanak-kanak. Cabarannya besar, sabar mesti tinggi. Sungguh, semua orang boleh berceramah, tetapi tidak semua penceramah boleh merendahkan bahasa komunikasinya untuk  merebut perhatian golongan bertelinga kecil ini.

Muhasabah buat penceramah.

1. Bukan berapa banyak isi Maulud yang nak disampai. Tempoh masa juga bukanlah kriteria yang utama, tetapi lihatlah kepada kualiti isi yang hendak disampaikan ditambah bahasa yang lebih ‘perlahan’ serta mudah difahami dalam tempoh yang praktikal dan kondusif. 

2. Jangan gunakan rostrum kerana ia menghalang daripada interaksi dan komunikasi dengan lebih berkesan. Banyakkan sentuhan. Rostrum lebih memisahkan kita kepada audiens. Biar audiens merasai kehadiran kita lebih dekat.

3. Pentas yang lebih tinggi sangat baik dimanfaatkan. Malah lebih baik lagi teknik turun ke tempat duduk audiens sambil berlegar-legar untuk menarik perhatian mereka. Oleh yang demikian itu, guru perlu dudukkan para pelajarnya dalam barisan yang selesa dan tidak terlalu ketat.

4. Dalam beberapa keadaan, persembahan Powerpoint bukanlah suatu kelebihan. Interaksi yang paling baik ialah persembahan daripada bahasa hati kita ke hati para audiens selain suara yang cukup bagus. Tidak semestinya sedap tetapi biarlah  jelas.

5. Cakna dengan perubahan audiens. Bijak menukar ceramah dengan aktiviti lain seperti kuiz, menyanyi atau berdiskusi. Dengan bahasa tubuh, kaedah bercerita lebih mudah menarik perhatian audiens. Tidak salah memberi hadiah sewaktu berceramah asal dapat meraih sebanyak mungkin perhatian para pelajar.

6. Ruang juga sangat penting. Ruang yang tertutup lebih mudah menarik fokus mereka berbanding dewan yang terbuka. Boleh maksimumkan dewan atau ruang solat di Surau atau masjid. Apa salahnya, bekerjasama dengan masjid atau surau di kariah  setempat. Pendedahan kepada anak-anak kita mengenal rumah Tuhan mereka.

Sebagai penulis, peluang seperti ini boleh juga dimanfaatkan untuk bertabaruk menghadiahkan hasil karya tulisan kepada pihak sekolah. Jariah juga, bukan? – al-Kurauwi (mengutip pengalaman usai program Maulud di SK Seri Bintang Selatan.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s