MARIA BUKAN MARIAM

NOVEL ‘Namaku Bukan Maria’ kerap disalah mengertikan dengan drama yang sedang dimainkan di TV9, ‘Dia Bukan Mariam’. Barangkali rakan yang bertanya itu, sama ada belum membaca novel Namaku Bukan Maria ataupun belum pernah menonton drama setiap hari Isnin dan Selasa itu.

Maria bukan Mariam! Dua kisah yang sangat berbeza. Bak langit dengan bumi. Nafas ceritanya pun tidak berkongsi pada ‘udara’ yang sama. Maria kisah tentang Natrah. Novel yang berpaksi kepada watak sejarah yang pernah menggempar Tanah Melayu dahulu. Kisahnya berlatarkan kehidupannya di Kemaman, Terengganu.

Drama ‘Dia Bukan Maryam’ arahan Erma Fatima ini pula ialah kisah klise cinta yang tidak berkesudahan. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah (Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati). Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod.  Menurut sinopsisnya di laman sesawang TV9, lokasi ceritanya berlatarkan sekitar Kuala Lumpur, Madinah, Mekah dan Jeddah.

2 thoughts on “MARIA BUKAN MARIAM

  1. Salam Muzaf,
    Terima kasih atas sokongan dan dorongan itu. Tentu ada sebab musabab. Tentunya menarik jika ‘proses menyelam’ dapat dikongsikan di sini. Suka mendengarnya. Sudilah apa kiranya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s