KARYA YANG DITUJUHBINTANGKAN!

MARDIHAH ADAM ialah nama pena bagi Nor Hartini Binti Mohd Tamin. Gadis yang berpendidikan Diploma Perakaunan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra Kedah, orang Masjid Tanah, Melaka. Beliau bertugas di Bank Negara Malaysia sebagai eksekutif di Jabatan Kewangan.

Saya tidak mengenalinya secara peribadi. Hanya berkenalan melalui novelnya “Andai Gerimis Berhenti“. Itupun setelah diminta untuk menyediakan testimonial. Jujur saya katakan, beliau sememangnya punya bakat menulis, sementelah novel “Andai Gerimis Berhenti” bukanlah novelnya yang pertama.

Novel “Namaku Bukan Maria” sudah dihadam oleh Mardihah dan dinilaikannya dengan kerlipan bintang! Saya yakin penilaian ini bukanlah penilaian ‘balas jasa’ namun tulus daripada hatinya. Apapun saya bukan bintang dan bukan juga bulan seperti yang dimaksudkan. Saya bumi nyata, yang masih punya jejak bertapak . Namun tidak bagi Mardihah. Katanya:

Kisah yang berlatarbelakangkan kemulusan bahasa penulisnya, kegemilangan Islam dahulu dan bagaimana Natrah dibesarkan dengan keimanan ini sejujurnya menjentik naluri saya untuk menghabiskan masa membacanya…,

Benar, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi membawa lembaran penulisannya yang mulus untuk saya terus mengikuti dirinya sebagai seorang penulis lelaki pilihan selepas Faisal Tehrani.

Jika ada bintang, maka saya letakkan novel ini untuk 7 bintang! Ustaz Ibnu Ahmad Al-Kurauwi benar-benar membuatkan saya cemburu. Kerana mahu menulis sepertinya pasti memakan masa bertahun-tahun lamanya bersama latihan, bahan bacaan dan segalanya perlu saya gigihkan selepas ini.

Jemput membaca “Namaku Bukan Maria”. Mari kita menilai dengan mata hati.  Penilaian kita tentu tidak sama seperti penilaian Mardihah Adam. Lain padang lain belalang. – al-Kurauwi

6 thoughts on “KARYA YANG DITUJUHBINTANGKAN!

  1. nilaian seorg wanita tentunya ikhlas. Mahu dapatkannya di PBAKL 2011

  2. Ahh, sudahnya ustaz letakkan pula komentar saya di dalam blog ini. Segan pula saya dan terima kasih banyak-banyak.

    Semoga ukhwah dalam bidang penulisan bertambah-tambah dan ilmu ini dikongsi bersama.

    Semoga terus cemerlang dan Punya Cinta Ramadhan juga thumbs up untuk ustaz!

    Salam tahniah dari saya,

    Mardihah Adam.

  3. Bintu Muhammad,
    Keikhlasan tidak dinilai oleh jantina. Biar lelaki pun andai timbangnya di hati tentu tersingkap segala yang makhfi.

  4. Mardihah,
    Sekali lagi dengan bahasa yang tulus, terima kasih membaca “Namaku Bukan Maria” dan “Punya Cinta Ramadan”. Berapa jari sekalipun naik moga yang utama segala kebaikan dan manfaat juga bertambah.

  5. salam ustaz..dunia ini betul kecik…orang kg teman si madiha nie,,,tapi tak pernah bersua,,,hehehhehehee..alam cyber menemukan segala galanyerr…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s