CINTA S. OTHMAN KELANTAN

ENTAH kenapa, pagi nan damai ini saya terkenangkan Allahyarham S. Othman Kelantan. Sesungguhnya sudah empat tahun beliau meninggalkan kita. Terbayang-bayang wajahnya yang bersih, terngiang-ngiang suaranya mendesis dan terpandang-pandang tubuhnya di surau tingkat 5 DBP.

Dalam penulisan, saya lebih mengkagumi beliau sebagai seorang novelis dan cerpenis. Suatu hari, saat berselisih di surau, allahyarham menyatakan bahawa dia menyukai cerpen “Dari Kerisek ke Baiturrahman”. Beliau telah memilih cerpen itu bersama-sama 24 pengarang lain untuk dimuatkan dalam Antologi Cerpen Berunsur Islam susunan beliau. Ya, barangkali antologi “Cinta Masitah”, ialah sentuhan beliau yang terakhir, namun cinta saya, bahkan cinta kita kepada beliau tidak pernah berakhir. Al-Fatihah.

4 thoughts on “CINTA S. OTHMAN KELANTAN

  1. Alfatihah buat allahyarham. Beliau selalu datang bawa ceria. Memang orangnya suka berjenaka dan berterus terang.

  2. Bintu Muhammad, Kak Ton,
    Dia datang membawa cinta dia pulang membawa cinta kepada Pemilik Cinta, RabulJalil.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s