LEPASKAN HATI TERSEPIT

HUJUNG minggu lalu seekor anjing kepalanya terjerut diceruk padang. Suara dengkingannya bagai merayu-rayu mahu dilepaskan. Tengkuknya terbelit dengan jaring gol. Semakin anjing itu meronta, semakin kuat tali nilon membelit. Matahari belum cukup tinggi, namun anjing itu belum cukup lemah menyalak. Tiada siapa yang peduli walaupun padang semakin berisi dengan penghuni yang entah berapa kali menawaf padang kecil itu.

Seorang lelaki memerhati dari jauh. Saya mengenalinya kerana kami tinggal di kejiranan yang sama. “Saya sudah telefon polis sebelum matahari naik lagi. Sampai sekarang masih tak sampai lagi.” Rungutnya. “Mari kita lepaskan!” Cadang saya meminjam pisau daripada makcik yang menjual nasi lemak. Wajah jiran saya itu terkulat-kulat. “Anjing, ustaz!” Dia menolak ngeri. “Sebab anjinglah kita kena tolong. Kalau orang, tak kan tersangkut di jaring gelap-gelap ni!” sindir saya.

Sungguh, saya tak sampai hati membiarkan anjing itu merayu-rayu. Hati saya tersepit.  Tersepit dek melihat orang ramai yang lalu lalang tetapi tidak berani (atau tidak cakna) melepaskan anjing yang terbelit. Moga Tuhan melepaskan hati saya saat tersepit di padang Mahsyar nanti. Allahumma Amin. – al-Kurauwi

2 thoughts on “LEPASKAN HATI TERSEPIT

  1. Selalu rasa sedih tengok anjing2 yg tiada tuan (anjing liar).Pernahlah sekali bagi roti, lepas tu lari lintang-pukang takut kena kejar, walaupun dah tahu, tak semua anjing kejar manusia!

  2. Rayyanzilfi,
    Terima kasih atas ziarah. Tuhan kurniakan Rayyan sifat Rahim. Cerita yang menarik. Lain kali cuba bagi seketul ayam atau daging tentu tak dikejar anjing kerana asyik mengunyah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s