ADIK-ADIKKU REALITI TERBAIK

TAHUN KEDUA, program Adik-Adikku mengusik deria rasa kita. Saya teruja menikmatinya. Sesekali mengusik hati lelaki. Tahniah kepada adik-adik yang beraksi di pentas akhir. Tahniah kepada penerbit, penganjur, JAKIM dan para penaja. Pengisian yang sangat bermakna mengisi ritual petang anak yang sentiasa kosong dek terisi dengan program-program kartun.

Kali ini, peserta-peserta akhir sangat berketrampilan, sangat bersedia baik isi mahupun persembahan. Tahniah kepada murabbi, walaupun barisannya tidak ‘seglamor’ musim lepas. Dewan kelihatan sangat selesa dan pentas sangat indah dihiasi dengan prop. Sangat profesional berbanding musim yang lepas! Ada inovasi. Persembahan yang dijayakan oleh adik-adik sendiri. Adik Muhammad Qayyum patut keluar sebuah album nasyid selepas ini. Selain itu, soalan spontan kepada adik-adik pada pertandingan akhir, pada saya, suatu idea yang kreatif menguji, siapa yang menghafal isi, siapa yang menghayati tajuk yang diberi.

Cadangan untuk  JAKIM; Tolong, tolong! kita perlukan lebih banyak program yang sangat baik seperti “Adik-Adikku” ini. Selepas ini, kita perlukan program “Abang-Abangku”, “Kakak-Kakakku”, “Pakcik-Pakcikku” yang seumpamanya! Manfaatkanlah TV Al-Hijrah itu. Maaf, kita tak perlukan “Siti” di pentas “Adik-Adikku” ini. Sungguh kita hanya perlukan insan yang molek syakhsiahnya, insan-insan yang punya idea kreatif, insan yang pemurah untuk menghasilkan program “Adik-Adikku” seperti ini. “Adik-Adikku” realiti terbaik! – al-Kurauwi

6 thoughts on “ADIK-ADIKKU REALITI TERBAIK

  1. Tahniah RTM, Jakim. Tahniah kepada murabbi dan tahniah kpd peserta. Tahun ni kurang sedu-sedan. Bagus!

  2. salam,
    Akademi al-Quran juga program realiti terbaik. Mahu akademi alQuran khusus utk adik-adik.

  3. assalamualaikum

    tahu tak lagu yang dinyanyikan oleh adik Qayyum tu..? tajuknya?

  4. Salam. Saya sokong bintu muhammad adakan akademik alquran khusus utk adik-adik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s