ALAH PAHALA

INSYIRAH saya sudah lama tidak diserang asma. Kali terakhir Julai tahun lepas. Sebelum itu, dua kali berturut-turut dia ditahan oleh wad Pediatrik Hospital, Kuala Lumpur.  Setiap kali ke Pediatrik, Insyirah saya tak pernah nampak sakit. Katanya, macam pergi taman permainan. Segala macam ada di sana. Kamilah yang berduka. Dek komitmen kepada kerjaya, salah seorang terpaksa berkorban segala.

Malam tadi Insyirah saya bermula dengan batuk-batuk. Malam semakin larut dan batuknya semakin lama semakin teruk. Chamber inhaler yang dibekalkan oleh doktor tidak mampu mereda asmanya. Kami langsung ke klinik yang sudah sendat dengan manusia. Nebuliser hanya meredakannya seketika. Batuk Insyirah terus mengganggu lenanya hingga ke subuh. Malam saya dituba oleh jaga, memikirkan apa pula alahnya kali ini. Cuaca, udara, atau Tuhan memang mahu mengurniakan pahala. Kalau itu suratnya, masakan kami akan alah dengan pahala. – al-Kurauwi

4 thoughts on “ALAH PAHALA

  1. Assalamualaiku kanda ustaz,

    La yukallifullahu nafsan illa wus’aha… la takhaf wa la tahzanu, inna-Allaha ma’ana, insya-Allah.

    Salam doa dari yang sepelaungan.

    Rindu mahu bertemu wajah.

  2. Wa’alaikum salam,
    Mahu bertemu wajah dengan si dara asma? al-Asmawi?🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s