JAWI DI SUDUT PENULIS

PENULIS-PENULIS yang datang ke DBP, kerap memilih kedai mamak atau kantin di tingkat 5, Menara DBP untuk berbicara panjang hal-hal penulisan. Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan  sebuah ruang di tingkat 3 di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Ruang berkaca, sidap dengan minuman panas, lengkap dengan Wifi yang dinamai sebagai “Sudut Penulis” boleh dimanfaatkan sekitar 10-20 orang penulis dalam satu masa.

April ini, pihak PDM, memberi penghormatan, memilih saya untuk mengisi kegiatan ‘kepenulisan’ di sudut penulis itu. Dengan ruang yang terhad saya sudah bercadang untuk membuka perbincangan tentang Penulisan Jawi daripada hal-hal penulisan sastera. Barangkali tajuk  ‘Perbandingan Antara Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dengan Sistem Ejaan Jawi Zaaba‘ menarik untuk dibincangkan. Penyertaan percuma ini dibuka kepada 20 orang peserta sahaja. Murid-murid saya, para Munsyi Jawi yang pernah berguru dengan saya sangat dialu-alukan. E-mel ke azman_a@dbp.gov.my atau no telefon 03 2148 2825.

2 thoughts on “JAWI DI SUDUT PENULIS

  1. Assalamualaikum, mabruk kanda ustaz.

    Mereka menyerahkannya kepada mutakallif yang berhak. Semoga Sudut Penulis dimanfaat bagi kita yang bercita-cita mahu melihat ‘Sastera Islam’ menjadi fenomena dan anutan rasmi para penulis baru dan lama🙂.

    Hendak dapat tidak, inilah dakwahnya, dalam lapangan ini. Jika bukan kita, siapa lagi?

  2. Wa’alaikumsalam, dindaku,
    Semoga apa yang diusahakan, diredai Tuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s