PAKAI ‘JIN’ BERSOLAT?

IMAM duduknya, di saf hadapan, manalah tahu jika imam bertugas terbatal solat, makmum tidaklah gelabah menggantikan tempat imam. Walau bagaimanapun, kali ini, saya sengaja memilih saf yang agak tengah demi melihat dan aura Jumaat dari arah itu. Suara khatib agak sederhana kedengaran namun tidak terganggu tumpuan. Hati jatuh kepada tubuh seorang jemaah di hadapan yang asyik menongkat kepalanya daripada terhuyung-hayang dek mengantuk.

Anak muda yang bertubuh agak besar itu memakai seluar jean dan baju t yang agak sendat dan pendek. Bukan duduknya – yang ber’lurah’ paling dalam itu – meresahkan kami di belakang, tetapi solat Jumaatnya. Seluar yang ketat (cawat potongan pendek) ditambah bajunya yang pendek  pastilah pinggang seluarnya di bawah pusat. Bayangkan apabila lelaki ini rukuk, sujud dan duduk? Pastilah ‘lurah’nya dan pangkal punggungnya akan terdedah.  

Saya pernah melihat Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Zakaria, ketika itu Imam Besar Masjid Negara, gelisah di sebelah saya melihat seorang lelaki memakai jenis ‘jin’ dan baju t yang pendek solat di hadapan saf kami. Sebaik sahaja selesai solat, Dato’ Kamaruddin segera mendapatkan lelaki itu dan menegur pakaiannya. Jelas di telinga saya, dengan loghat Pahang beliau menyebut bahawa hukum ‘berjin’ seperti itu menyebabkan solatnya terbatal dan meminta segera pulang dan mengulang solatnya semula. Awas, dengan pakaian seperti itu, jangan berkawan dengan ‘jin’ andai bersolat! al- Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s